ads

Tuesday, June 14, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Hidupan Liar Gred G17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jadual Gaji:

P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai badan yang tegap dan tidak ada kecacatan pancaindera serta kebolehan menggunakan senjata); dan
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More