ads

Friday, November 30, 2012

Jawatan Kosong Di MAINPP Disember 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DC41 (GURU MATAPELAJARAN AZHARI)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.:
www.mainpp.gov.my.

PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No.128, Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.

pada atau sebelum 7 Disember 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang Permohonan Sila klik sini

Jawatan kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) Disember 2012



Pusat Penyelidikan Perumahan (Housing Research Centre) merupakan salah sebuah Pusat Kecemerlangan Perumahan di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Pusat penyelidikan ini telah berjaya menjalankan beberapa projek penyelidikan utama dalam perumahan dan pembinaan dan kini memerlukan calon-calon yang sesuai untuk jawatan:

1.Pembantu Penelidik

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi (CGPA 2.5 dan ke atas) pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Calon yang berjaya dipilih akan bertugas di Pusat Penyelidikan Perumahan di mana pada masa kini sedang terlibat dalam membangunkan sistem-sistem binaan inovatif dan teknologi baru dalam perumahan dan pembinaan.

Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui email kepada:

norlela@eng.upm.edu.my

Tarikh tutup : 06 Disember 2012

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Siti Norlela Rozaidi Penolong Pendaftar (03-8946 7856)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga

Maklumat lanjut jawatan dan borang permohonan sila klik sini

Thursday, November 29, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 Bagi Sektor Awam / Kerajaan


Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2012/2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2012. Para pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan Januari dan Jun 2012 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.

Bidang

Semua bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Sesi 2012/2013.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;
  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 20 November 2012.
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2012/2013 atau pada bulan Julai sesi 2012/2013.
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain
Calon yang tidak layak memohon:
  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian. Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Permohonan”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip  Permohonan” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 26 November 2012.

Pertanyaan

  1. Jika menghadapi sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan program tajaan ini boleh menghubungi talian 03 8885 3210, 03 8885 3227 dan 03 8885 3445.
  2. Jika mempunyai pertanyaan mengenai program biasiswa Politeknik ini, sila hubungi talian 03 8885 3445 atau e-mail kepada penawaranlsp@jpa.gov.my.
  3. Sila rujuk komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  4. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013


Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2013.
Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Maktab Rendah Sains MARA

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  4. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
  5. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  6. Lulus temuduga.

SYARAT KHAS

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum.

MRSM Ulul Albab

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  4. Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

MRSM IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Lulus ujian comprehension.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

MRSM Ulul Albab & IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Mempunyai minat dalam bidang agama.
  3. Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2012.
  2. UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.

Pemilihan

  1. Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi iaitu 19 November 2012.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2013. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 4 Disember 2012.
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Temuduga Terbuka Di INSTUN Disember 2012


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sambilan di
Institut Tanah dan Ukur Negara seperti berikut:‐


1. PENOLONG JURUTERA GRED J29 (SAMBILAN)
2. JURUTEKNIK GRED J17 (SAMBILAN)
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 (SAMBILAN)
4. TUKANG MASAK GRED N17 (SAMBILAN)
5. PEMBANTU AM PEJABAT PRAMUSAJI GRED N1 (SAMBILAN)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang INSTUN yang boleh didapati terus di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia INSTUN. Calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh : JANUARI 2013 (TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)
Masa : 8.00 PAGI HINGGA 8.15 PAGI (PENDAFTARAN)
Tempat : BILIK PERBINCANGAN MELUR, ARAS 4, SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA WISMA INSTUN

TARIKH DIIKLANKAN : 28 NOVEMBER HINGGA 12 DISEMBER 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Disember 2012



Warganegara Malaysia Yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah Seperti berikut

1 Akauntan
2 Pegawai Kewangan
3 Pegawai Pemeriksa Paten
4 Pegawai Pergigian
5 Pegawai Pertanian
6 Pegawai Veterinar
7 Jurutera
8 Pegawai Keselamatan
9 Pengurus Asrama
10 Jururawat Pergigian 
11 Penolong Pegawai Perubatan 
12 Penolong Juruaudit 
13 Penolong Pegawai Belia dan Sukan 
14 Penolong Pegawai Keselamatan 
15 Artis Budaya 
16 Pembantu Perikanan 
17 Pembantu Pertanian 
18 Penerbit rancangan 
19 Attenden Kesihatan
20 Tukang K2

Tarikh Tutup 17 Disember 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Untuk memohona sila klik sini

Job Vacancies At Sunway Medical Center



PositionDepartmentClosing Date
PHARMACY STORE MANAGERPHARMACY31/12/2012
SENIOR RADIOGRAPHERRADIOLOGY31/12/2013
CLINIC ASSISTANTOUTPATIENT DEPARTMENT31/12/2012
CLINIC NURSEOUTPATIENT DEPARTMENT31/12/2012
STAFF NURSES (OT / ICU / A&E )OT / ICU31/12/2012
ADMINISTRATIVE / CLERICAL SUPPORTVARIOUS DEPARTMENTS31/12/2012
PHARMACY TECHNICIANPHARMACY31/12/2012
MIDWIFE / STAFF MIDWIFELABOUR WARD31/12/2012
RESIDENT MEDICAL OFFICERA&E31/12/2012
FRONT DESK OFFICERSBusiness Office31/12/2012

Source : http://www.sunway.com.my/sunmed/jobvacancies.aspx

Jawatan Kosong Di Percetakan Nasional Berhad Disember 2012



Permohonan adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan sebagai di Percetakan Nasional Malaysia Berhad, jawatan kosong adalah seperti berikut

Job VacanciesClosing Date
HEADQUARTERS
PEKERJA SAMBILAN (6 BULAN)

TEMUDUGA TERBUKA PADA 26 NOVEMBER 2012


download
KUALA TERENGGANU
PEMANDU
JURUTEKNIK (PRA-CETAK)
JURUTEKNIK (JULID)
PENYELIA PENGELUARAN

3 DECEMBER 2012

download
ALOR SETAR JURUTEKNIK (JILID)
3 DECEMBER 2012

download
KOTA BHARU
SALES CONSULTANT

3 DECEMBER 2012

download
KOTA KINABALU
SALES CONSULTANT

3 DECEMBER 2012


download
JOHOR BHARU
JURUTEKNIK (OPERATOR MESIN)

3 DECEMBER 2012


download

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More