ads

Monday, August 1, 2011

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) | 8 Kekosongan Terkini

7 Kekosongan Jawatan: Kerajaan/Government
Job Description :


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Agama Islam Negeri Johor.
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (Guru Tahfiz)
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 (wanita sahaja)
3. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
6. Penyelia Asrama N17 (wanita sahaja)
7. Pekerja Awam R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2011

Jawatan Kosong Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M): Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong Permodalan Nasional Berhad (PNB)
SL1M-PNB Investment Bridging or SL1M-PNB IB is a special program organizedjointly by Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Malaysian government aimed at enhancing employment opportunities of graduates. Through the program, participants will obtain technical and product knowledge in investment, finance, and unit trust as well as transferable skills such as analytical skill, problem solving and effective communication, thus improving their personal development and marketable. The participants will have the opportunity to complement their learning from universities with the right technical and product knowledge thus providing them better career prospects in financial services industry. The participants will undergo 2 months intensive classroom training and 6 months industrial attachment with PNB or/and PNB Group of Companies. During the period of the program, successful candidates will be given a monthly training allowance of RM 1,000.

1. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

SELECTION CRITERIA:
PNB invites all graduates with the following pre-requisites to apply for this program:
- Malaysian citizen
- Degree holder in any discipline who has been unemployed for 6 months to 2 years since graduation
- Minimum Cumulative Grade Point Average (CGPA) of 2.50
- Good interpersonal and communication skills, both written and spoken English and Bahasa Malaysia
- Active in extra-curricular activities
- Interest in self-development

This program will start in 19/09/2011 . Application must be completed online not later than Monday, August 15, 2011 .Only shortlisted candidates will be called for interview. Ineligible candidates, incomplete applications and applications received after the due date will not be entertained.

ENQUIRIES:
PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Human Capital Planning & Development Department,
36th Floor, Menara PNB,
201-A Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel: +603–2050 5832 / +603–2057 3110
Fax: +603–2050 5270
Emel: hrpd@pnb.com.my


Closing Date: 15 August 2011

Jawatan Kosong Singapore Airlines | Description Job as Flight Stewardesses/Stewards

Gambar kiasan
Walk In Interview: Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong Singapore Airlines
We will be conducting a recruitment exercise for Flight Stewardesses/Stewards in Kuala Lumpur. If you meet the following requirements, we will be pleased to meet you at our walk-in interview.

1. Flight Stewardesses/Stewards

Requirements
* Malaysian citizen
* Minimum age of 18 years old
* Females who are at least 1.58m; males who are at least 1.65m in height

Degree/ Diploma OR

* At least 2 principal level passes and 2 subsidiary passes in STPM/GCE ‘A’ level or its equivalent OR
* At least 5 credits in SPM/GCE ‘O’ level and relevant working experience
* For Malaysian qualifications at SPM level, at least 5 credits including a minimum grade of B4 in English and working experience is required.

Training

Our comprehensive 4 months training program will cover topics such as:
* Product Knowledge including Food & Beverage
* Service Procedures
* Passenger Handling
* Deportment & Grooming
* Language & Communication Skills
* Safety Equipment Procedures
* First Aid

On successful completion of training you will commence flying duties.

Remuneration & Service Benefits:
A monthly allowance will be provided during training. Upon graduation, you can look forward to a basic salary and various allowances amounting to about MYR $9,000 a month. In addition, there is an annual wage supplement of one month’s basic salary and profit-sharing bonus. You will also be entitled to free travel to any SIA destination once a year and enjoy discounted travel at other times.

Application Details:
Interested applicants, please download and complete this application form. Please bring the following documents for registration between 9am and 2pm.


* Completed application form
* Passport-sized photograph
* Original(s) of:
a) birth certificate
b) all educational certificates
c) identity card

Interviews will be conducted on 6 August 2011 (Saturday) at:
ParkRoyal Kuala Lumpur
Level 2
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Kaunseling Di Tempat Kerja Perlu Diwajibkan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos-- Kaunseling di tempat kerja perlu dijadikan mandatori berikutan isu-isu psikososial kini sudah menjadi satu isu besar di tempat kerja, kata seorang pakar kesihatan awam.

Ketua Sekolah Perubatan Klinikal Monash University Sunway Johor Baharu, Prof Dr Rusli Nordin berkata tahap kesihatan mental di Malaysia semakin buruk.

"Pekerja kini semakin tertekan dan ini membawa ke arah kerisauan, kemurungan dan juga bunuh diri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata tekanan di tempat kerja hari ini lebih membebankan berbanding satu atau dua dekad lepas.

Dr Rusli, yang juga seorang profesor Kesihatan Awam dalam Perubatan Pekerjaan, berkata satu bengkel dua hari peringkat Asia Pasifik mengenai Faktor Psikososial anjuran fakulti berkenaan baru-baru ini mencadangkan kaunseling di tempat kerja dikawal selia di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

"Kaunseling di tempat kerja perlu, dan sepatutnya dijadikan mandatori. Inilah sebab mengapa kita memperkenalkan kaunseling di tempat kerja sebagai sebahagian Program Bantuan Pekerja (EAP) di bawah OSHA 1994," katanya.

Terdapat 40,000 industri di negara tertakluk di bawah OSHA.

Sementara itu, Mai Sumiyatilshak, seorang pensyarah kanan dan ahli psikologi industri di Universiti Malaysia Sarawak mencadangkan satu Rangka Kerja Kurikulum Psikologi perlu diperkenalkan sebagai satu kursus psikologi di fakulti perubatan dan bukannya di fakulti sains kemanusiaan.

"Kita perlu kursus-kursus psikologi ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan bukannya Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan kerana para pelajar perlu di latih di makmal-makmal dan mengendalikan latihan amali dengan pesakit," katanya.

Sejumlah 30 peserta dari Australia, Jepun dan Malaysia menyertai bengkel itu.

Sekolah Dalam Hospital

Gambar kiasan
Buat julung kalinya, pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama akan terus diberikan hak untuk mendapat pendidikan secara formal melalui program Sekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Program Sekolah Dalam Hospital yang direalisasikan dalam tempoh beberapa bulan sahaja hasil kerjasama erat di antara Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan juga ahli-ahli jawatankuasa Projek HatiNurani adalah merupakan hasrat isteri YAB Menteri Pelajaran, Y.A.Bhg. Puan Seri Norainee Abd. Rahman selaku Penaung Projek Hati Nurani untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur sebagai sebahagian daripada tanggungjawab demi kelangsungan masa depan kanak-kanak.

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Education for All.

Menerusi pendekatan pembelajaran yang agak berbeza daripada sekolah biasa, Sekolah Dalam Hospital adalah berorientasikan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital.

Sekolah Dalam Hospital dilaksanakan secara projek rintis di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang dan dijangka akan diperluaskan ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.

Seramai 16 orang guru telah menyahut cabaran dan hasrat murni kerajaan untuk memberi pendidikan kepada pelajar dan kanak-kanak di hospital, sekali gus menjadi kumpulan perintis di Sekolah Dalam Hospital.

Kejayaan projek Sekolah Dalam Hospital ini juga bergantung pada kerjasama badan-badan korporat tampil menyumbangkan dalam apa jua bentuk sumbangan bagi menjayakan projek ini.

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012


Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh
bagi Tahun 2012 akan dibuka pada

1 SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2011.
Sila Hubungi :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
untuk maklumat lanjut.
NO. TEL : 03-83217400
NO. FAKS: 03-83217403

Tawaran Biasiswa JPA PIDN 2011 Untuk Diploma Dan Ijazah | Syarat Dan Borang Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN bagi tahun 2011 mulai 1 Ogos 2011 pukul 11:00 pagi. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.
IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Syarat-syarat Permohonan
A. Syarat Asas
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2011;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
    • Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012.;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) – Gred A- dalam 7 matapelajaran & kepujian dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Malaysia, atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2010) – CGPA 3.50 (Minimum 4 matapelajaran gred B) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia) – CGPA 3.50 (Minimum 10 mata pelajaran dengan gred minimum Jayyid Jiddan) atau
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
  • A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA) – 12 mata (gred minimum B dalam 3 mata pelajaran)
  • International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA) – 37 mata
2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) –CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
Bidang Tajaan
  • Kritikal – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
  • Keutamaan – Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.
  • Profesional – Sastera Ikhtisas – Sains Perubatan Veterinar, Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
  • Lain-lain – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.
Bidang Yang Tidak Ditaja
  • Pendidikan;
  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).
Mereka Yang Tidak Layak Memohon
  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
Kadar Biasiswa
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diplomaadalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazahadalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan. Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.
Tempoh Kontrak
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
Peringkat Diploma
  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun
Peringkat Ijazah
  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayarihttp://esilav2.jpa.gov.myatau http://www.jpa.gov.my atau terus saja kePermohonan Program Ijazah Dalam Negara 2011 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 7 Ogos 2011(Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 ini dijangka akan diumumkan pada 23 September 2011 di laman web JPA, eSiLa.
Maklumat

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More