ads

Saturday, January 26, 2013

Jawatan Kosong Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 2013


Jawatan Kosong Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH (GRED A09G12)

Kelayakan

  • Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Bersedia untuk ditukarkan atau berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB;
Spesifikasi Tugas
  • Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif;
  • Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual;
  • Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren;
  • Membantu Pemandu Lokomotif mengendalikan sesebuah lokomotif samada di dalam perjalanan atau berhenti di stesen / depoh;
  • Membantu Pemandu Lokomotif dalam tugas lansiran;
  • Membantu Pemandu Lokomotif membuat pemeriksaan lokomotif semasa memulakan tugas;
  • Membantu Pemandu Lokomotif semasa berlakunya insiden/kemalangan dalam perjalanan.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran paspot serta sampul surat beralamat sendiri lengkap bersetem. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 4 Februari 2013 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibupejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel.: 03-22631312/03-22631130

Sumber iklan  http://www.ktmb.com.my

Senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik isni

Friday, January 25, 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Tabung Haji (TH) 2013



Seiring dengan visi dan misi Lembaga Tabung Haji (TH), permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

1. EKSEKUTIF PENTADBIRAN
2. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN INSAN

Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar `resume’ beserta Sijil-Sijil Akademik Dan Sijil-Sijil Lain yang berkaitan dan sekeping gambar terkini berukuran pasport serta menulis nama jawatan yang di pohon pada `resume’ dan sampul surat selewatnya-lewatnya sebelum atau pada hari Rabu, 06 Februari 2013, jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lantai 27, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak
Peti Surat 11025
50400 KUALA LUMPUR

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Senarai jawatan kosong 2013 terkini klik sini

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Johor 2013



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. JURUTEKNIK LANSKAP
3. JURUTEKNIK KOMPUTER

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak, dengan bayaran
RM1.00 setiap borang permohonan atau boleh di muat turun melalui laman web, Majlis Daerah Tangkak, www.mdtangkak.gov.my

Surat / dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63, 84907
TANGKAK, JOHOR.

Tarikh tutup permohonan 8 Februari 2013

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Simpang Renggam - JOHOR



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Juruaudit

Tarikh tutup 6 Februari 2013

Maklumat lanjut jawatan dan cara memohon sila klik sini 

Senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Pulau Pinang - Kerja Kerajaan



Iklan Jawatan Kosong untuk Pengawas Hutan Gred G11 (Tetap) di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pemohon hendaklah memiliki Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh tutup permohonan 4 Februari 2013

Maklumat lanjut dan permohonan jawatan sila klik sini

senarai jawatan 2013 terkini sila klik sini

Jawatan Kosong Di Bintulu Development Authority (BDA) 2013


Bintulu Development Authority (BDA) mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 (2 kekosongan)
2. Pembantu Keselamatan Gred KP17 (12 kekosongan)
3. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (27 kekosongan)

Tarikh tutup permohonan : 2 Februari 2013

maklumat lanjut  : http://erecruitment.sarawak.gov.my

senarai jawatan 2013 terkini sila klik sini

Thursday, January 24, 2013

Borang Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2013 Online


Borang permohonan Asrama 1Malaysia (AIM) Sesi 2013 secara online. Dimaklumkan bahawa kemasukan asrama ini khas bagi pelajar tingkatan 1 sudah pun dibuka. A1M menempatkan murid dari pelbagai bangsa di Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Calon atau pelajar yang terpilih berdasarkan syarat kelayakan dan akan ditempatkan di sekolah yang telah ditetapkan.
asrama+1+malaysia

Syarat Permohonan
  • Terbuka kepada murid warganegara malaysia sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2013.
  • Terbuka kepada semua kaum
  • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh pentadbir sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan
  • Kelas Aliran Agama).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  • Sijil Lahir pemohon / Kad Pengenalan b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa
  • Keputusan UPSR 2012 d. Salinan sijil-sijil kokurikulum
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Senarai Sekolah Asrama 1Malaysia
asrama
Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013
Sila klik pada link dibawah untuk dapatkan borang permohonan:
Download Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013

Tarikh Tutup Permohonan A1M 2013
Tarikh tutup pada 31 Januari 2013

Jawatan Kosong (PSH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2013


Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Satu (1) Jawatan Kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) Selaku Pembantu Tadbir (Kewangan) Kontrak 6 Bulan

Syarat-Syarat: 
1) Warganegara Malaysia.
2) Kelulusan SPM.
3) Berkemahiran Komputer (terutama MS Excel dan MS Word) – calon yang cekap dan cepat menaip diberi keutamaan.
4) Tempoh Perkhidmatan (6 bulan) mulai 2 Februari 2013.
5) Kadar Upah RM54 sehari.
6) Sanggup bekerja lebih masa.
7) Tempat tinggal di sekitar Putrajaya sahaja.
8) Pemohon lelaki digalakkan.

Tugasan Harian:
Membantu Pengoperasian Kewangan.

Dokumen yang diperlukan :

1) Salinan MyKad
2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3) Biodata/resume terkini
4) Gambar berukuran pasport terkini.

Tarikh Temuduga : Rabu, 30 Januari 2013 
Waktu : 9.00 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat Teratai, Aras 3 Timur,
Bahagian Kabinet Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra,
62502 Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan: Isnin, 28 Januari 2013 (jam 11.59 malam)

Hantarkan permohonan lengkap dan resume kepada: shahidah@kabinet.gov.my

sumber iklan : http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/jawatan-kosong.html

senarai jawatan kosong 2013 terkini klik sini
 

Jawatan Kosong Di Jabatan kewangan Pulau Pinang 2013



IKLAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut : 

(a) Jawatan : JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17 (SEMENTARA)
(b) Kekosongan : 1 Kekosongan
Makluman Iklan Jawatan Kosong JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17 (SEMENTARA) 

(a) Jawatan : PEKERJA AWAM GRED R1 (SEMENTARA)
(b) Kekosongan : 2 Kekosongan (Lelaki Sahaja)
Makluman Iklan Jawatan Kosong PEKERJA AWAM GRED R1 (SEMENTARA) 

Muat turun BORANG PERMOHONAN 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
SEBELUM ATAU PADA 13 FEBRUARI 2013 (RABU) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI.PERMOHONAN YANG DITERIMA SELEPAS DARIPADA TARIKH DAN MASA TERSEBUT TIDAK AKAN DI PERTIMBANGKAN.

sumber iklan : http://jkn.penang.gov.my/index.php/ms/aktiviti/terkini/3470-iklan-jawatan-kosong-di-jabatan-kewangan-negeri-pulau-pinang

Senarai jawatan kosong terkini klik sini

SPA terima 1.1 juta permohonan isi kekosongan perkhidmatan awam


ZAINAL ABIDIN Ahmad (dua kanan) melihat Mohd. Halim Shamsudin, 23 (duduk dua kiri), Mohamad Nurhafiz Mohd. Khanafi, 25, (kanan) dan Mohd. Redzuan Abdul Majid, 19, (duduk, kiri) memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam secara online ketika melawat tapak pameran karnival kerjaya perkhidmatan awam di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh dekat Muar, hari ini.
MUAR 23 Jan. - Sehingga kini terdapat 1.1 juta permohonan baharu dalam pangkalan data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan dalam sektor awam negara.

Timbalan Setiausaha (Pengambilan), SPA Zainal Abidin Ahmad berkata, pada tahun lepas sahaja sebanyak 832,701 permohonan baharu dicatatkan.

"Daripada 1.1 juta permohonan dalam data bank SPA, sebanyak 46,000 pelantikan baru telah dilakukan tahun lepas untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan.

"Ini termasuk 36,000 mengisi kekosongan jawatan secara tetap manakala selebihnya secara kontrak," katanya kepada pemberita selepas sesi interaksi Pengerusi SPA dengan ketua-ketua jabatan persekutuan, badan berkanun, persatuan dan badan bukan kerajaan, di sini hari ini.

Katanya daripada jumlah permohonan baharu itu, 12 peratus atau 99,385 permohonan adalah dari Johor.

Dari segi pecahan kaum pula, Zainal Abidin berkata, bilangan pemohon bukan Melayu masih kurang, terutama yang berketurunan Cina.

"Sehubungan itu kita mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan kaum Cina dan India serta media massa bahasa berkenaan untuk bersama-sama menyebar maklumat agar lebih ramai memohon berkhidmat dengan kerajaan kerana SPA adalah untuk semua," katanya.

Menurutnya, berbanding kaum lain, pemohon kaum Cina lebih bertumpu kepada jawatan peringkat lebih tinggi iaitu kelompok pengurusan dan profesional. - BERNAMA

7 juta dapat BR1M 2.0 Februari 2013


SUNGAI PETANI. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperolehi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui pejabat daerah dan pejabat pegawai pembangunan zon di seluruh negara.

"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baharu yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.

"Jadi kita jangkakan, sebanyak tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0 kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd. Shukor Mahfar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 memaklumkan di bawah projek BR1M 2.0, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan RM500.

Bantuan kali ini turut diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Ahmad Husni berkata, pengagihan BR1M 2.0 berkenaan akan dilakukan secara serentak bermula 1 Februari dengan majlis pelancaran dilakukan Perdana Menteri dan tamat pada 28 Februari.

"Bagaimanapun, individu yang membuat permohonan lewat iaitu selepas 31 Disember mungkin akan dapat BR1M 2.0 sedikit lewat iaitu selepas Februari.
"Ini kerana pihak LHDN perlu mengambil masa untuk menyemak permohonan berkenaan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Husni dalam ucapannya berkata, kerajaan menghargai usaha LHDN yang berjaya menunjukkan peningkatan kutipan cukai pendapatan sejak 2010.

"Tahun lalu LHDN mencatatkan kutipan cukai RM124.8 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara.

"Ia menunjukkan peningkatan berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun sebelumnya serta jauh lebih tinggi berbanding kutipan RM86.49 bilion pada 2010.

"Apabila penjanaan pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat," jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan slogan baharu LHDN iaitu 'Hasil Teman Keceriaan Anda'.

Pengenalan slogan berkenaan merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dan menjadikan sistem percukaian sebagai aset kepada komuniti.

sumber:UtusanMalaysia

Elaun Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2013 Dinaikkan


Elaun Tetap Perumahan (ETP) Kakitangan Awam 2013 dijangka akan dinaikkan kepada RM480. Elaun ini adalah bertujuan untuk membiayai rumah sewa bagi semua penjawat awam. Pada kadar yang sebelumnya, elaun ETP hanya diberikan sejumlah RM180.  Kadar elaun terdahulu tidak sesuai dengan perkembangan harga rumah sewa ketika ini. Apapun, kenaikan ETP sebanyak RM480 ini masih di peringkat cadangan dan mungkin akan diluluskan kelak.
Elaun-Perumahan-Kakitangan-Awam
Jika ia telah diluluskan, ini merupakan berita baik buat semua penjawat awam. Pada masa yang sama, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Menurut persatuan itu juga, pihak mereka berharap kerajaan dapat luluskan dengan kadar segera kerana tuntutan tersebut sudah pun dibuat sejak 5 tahun yang lalu.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 5 Peratus Tahun 2013


Kenaikan terkini gaji kakitangan awam naik 5 peratus mulai tahun 2013. Lagi berita baik buat semua penjawat awam yang mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam kerjaya mereka . Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum akan menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus.
perkhidmatan-awam-gaji-naik-2013
Menurut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan.

Apapun, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 2013


Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
3. Pembantu Tadbir (Kewangan)
4. Juruteknik Komputer
5. Pembantu Penyelidik

Tarikh Tutup Permohonan Pada 4 Februari 2013 (Isnin)

Klik disini untuk keterangan lanjut mengenai setiap jawatan kosong.

Muat turun Borang Permohonan 

Permohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini 

Jawatan Kosong (PSH) Di Kementerian Pelajaran Malaysia 2013



Tawaran Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Waktu bekerja: Waktu bekerja yang terpakai kepada pegawai awam.

Gaji: RM54.00 sehari (Kelayakan: SPM), RMP72.00 sehari (Kelayakan: STPM/Diploma), RM100.00 sehari (Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda), KWSP dan Elaun Perjalanan.

KELAYAKAN/KELULUSAN

1. Minimum SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.

2. Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

3. Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Word dan Microsoft Excel yang baik.

4. Boleh bekerja di luar pejabat.

CARA MEMOHON

Sila hantar resume kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok 4803, Suite 0-2, Bangunan CBD Perdana, Off Persiaran Multimedia, 6300, Cyberjaya, Selangor (u.p: Encik Maswadi Bin Mohamat)

Tarikh Akhir Permohonan : 31 Januari 2013.

sumber iklan : http://www.moe.gov.my

Senarai jawatan 2013 terkini klik sini

Wednesday, January 23, 2013

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2015(TERKINI)



Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 

jawatan :-

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

Jawatan Kosong Pensyarah Di Kolej Komuniti Bentong 2013


Kolej Komuniti Bentong memerlukan khidmat Pensyarah Sambilan Kontrak 6 bulan

Kelayakan:
1. Diploma Kejuruteraan Elektrik
2. Lulus Bahasa Melayu

Sekiranya berminat, sila email resume anda kepada Ketua Program Teknologi Elektrik, Encik Razali bin Sadeli di razali@kkben.edu.my sebelum atau pada 25 Januari 2013 

Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga pada 28 Januari 2013

Sumber iklan : http://www.kkben.edu.my

Senarai jawatan kosong 2013 terkini klik sini

Job Vacancies At International Islamic University Malaysia (IIUM) 2013



Available vacancies at International Islamic University Malaysia (IIUM)

1. ASSISTANT INFORMATION SYSTEM OFFICER (F-29)

Requirements

  • Must possess at least a Diploma in Computer Science/ Information Technology recognised by the Government, from any local institutions of higher learning or equivalent qualification.
  • Applicants should be Malaysian citizens.
  • Practising Muslim and consistent in covering aurah
  • Be able to converse and write in English and Bahasa Malaysia
  • Pleasant personality and good interpersonal skill
  • Mature, proactive and dynamic individual with ability to adapt to changes and must be able to work under pressure.
  • Creative, versatile, meticulous and have an eye for detail
  • An open mind, positive attitude and self-motivated
  • Able to multi-task and work within tight deadlines
  • A team player who is able to work independently in a fast paced environment
  • At least 1-2 years solid experience in application development is an advantage.
  • Demonstrate competency in all programming phases, which includes analysis, design, development, system testing and implementation.
  • Able to prepare technical documentations System Design Specification.
  • Good working experience of at least one of the following:
  • Window XP Operating System
  • Frameworks
  • AJAX
  • Javascript
  • MySQL
  • PHP
  • PL/SQL
  • Oracle 10g
  • Oracle Development Tools and Report Builder
  • Familiar with Object oriented programming methods and languages, Systems Software Specification Lifecycle and web development technologies.
  • Knowledge of International web standards and protocols.
  • Skills in software graphics manipulation and web programming.
Closing date : 16 Feb 2013

More detail and how to apply click here

More Available Vacancies 2013 click here

Tuesday, January 22, 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Koko Malaysia 2013



Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf sementara dan tetap di Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK
2. PEMANDU KENDERAAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sasawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

i) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Inovasi dan Teknologi Koko
Lot 12621, Kawasan Perindustrian Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7999001

ii) Ibu Pejabat, Lembaga Koko Malaysia
Tingkat 6, Wisma Sedco,
Lorong Plaza Wawasan
Off Coastal Highway
Beg Berkunci 211
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-234472

Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada 15 Februari 2013 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Maklumat lanjut jawatan dan boran gpermohonan sila klik sini

Senarai jawatan kosong 2013 terkini klik sini 

Jawatan Kosong Di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) 2013 - PLKN



Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi lantikan  Sambilan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.

1. Jurulatih / Penyelaras
2. Timbalan Komandan Latihan
3. Pembantu Hal ehwal Islam

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online
* untuk memohon sila gunakan pelayar jenis Internet Explorer

Tarikh tutup : terbuka 

Senarai jawatan kosong terkini sila klik sini

Jawatan Kosong Di Risda holdings 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di RISDA Holdings Sdn Bhd seperti maklumat berikut:-

1.  Pegawai Kewangan
2. Pembantu Khas/Setiausaha Pejabat

Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat dengan menyertakan resume , salinan Kad Pengenalan, salinan Sijl SPM dan lain-lain salinan dokumen sokongan serta sekeping gambar berukuran pasport.


Kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Tkt 7, Graha ESPEK,
No. 31, Jln Sulaiman 3,Tmn Putra Sulaiman,
68000 Ampang, Selangor

Tarikh Tutup Permohonan 25 Januari 2013 (Jumaat)

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini 

Senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2013



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan secara kontrak untuk perkhidmatan (contract for service) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Jawatan : AKAUNTAN GRED W52 (1 Jawatan)

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang JANM/PPPA/403 yang boleh didapati di website JANM : www.anm.gov.my.

Permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang berkaitan boleh dikemukakan melalui emel kepada urussetia_pengambilan@anm.gov.my atau melalui pos ke alamat seperti berikut :

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594, PUTRAJAYA.
(u.p.: Puan Nurhayati binti Mohamad)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Februari 2013.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai –pegawai di talian 03-8882 1217/ 1356/ 1209 atau melalui emel urussetia_pengambilan@anm.gov.my

Maklumat lengkap iklan jawatan sila klik sini
Borang Permohonan sila klik sini

senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Temuduga Terbuka Di JobsMalaysia 2013



TEMUDUGA TERBUKA BAGI JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 
N17 DI PUSAT JOBSMALAYSIA CYBERJAYA

Bagi calon-calon yang memohon jawatan tersebut di portal JobsMalaysia dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sila hadir temuduga tersebut iaitu:

Tarikh : 23 JANUARI 2013(Rabu)

Tempat : Pusat JobsMalaysia (JMC) Cyberjaya
Unit W001, Tingkat Bawah, Blok 3440,
Enterprise Building 1 (EB 1),
Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Bermula jam 9.30 Pagi

*Terbuka kepada calon-calon yang menetap di Putrajaya, Cyberjaya dan sekitarnya.

Sila hubungi Puan Hamimun / Pn Hajar / Pn Saly untuk maklumat lanjut di talian : 03-8320 2713/4/5

Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) 2013


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:-.

1. Penolong Pegawai Tadbir, N27 
2. Pembantu Tadbir, N17 
3. Pekerja Awam, R1 


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) JAM : 12.15 Tengahari

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan melalui laman Website : www.lkpp.gov.my dan dihantarkan ke alamat seperti di bawah:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang,
Jalan Gambut,
25990 Kuantan.

Maklumat lanjut iklan dan borang permohonan sila klik sini

Senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan 2013



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA
3. PENOLONG AKAUNTAN
4. PENOLONG JURUAUDIT

Maklumat lengkap serta syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Perbandaran Teluk Intan (www.mpti.gov.my)

Semua permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh didapati di kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (waktu pejabat) (1 borang untuk satu jawatan) atau boleh muat turun (download) di SINI.

Alamat permohonan dan tarikh tutup iklan:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN

TARIKH TUTUP IKLAN : 4 FEBRUARI 2013

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Senarai jawatan kosong 2013 sila klik sini

Monday, January 21, 2013

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia : Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) 2013


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan kumpulan perkhidmatan sokongan di KKM. Jawatan-jawatan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :

1. Atendan Kesihatan Gred U3
2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
4. Pemandu Kenderaan Gred R3
5. Pekerja Awam Gred R1
6. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Sistem ini boleh dicapai di http://jobkkm.moh.gov.my. Semua maklumat berkenaan deskripsi tugas, kelayakan dan gaji permulaan setiap jawatan boleh diperolehi di laman web tersebut.

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Senarai jawatan 2013 sila klik sini 

Jadual Karnival Pengajian Tinggi KPTN 2013


Jadual Karnival Pengajian Tinggi Negara KPTN Tahun 2013. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada semua pengunjung. Tujuan sebenar KPTN diadakan adalah menjadi Pusat bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi.
Tujuan KPTN 2013
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILK dan institusi lain mulai Sesi Akademik 2013/ 2014
  • Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILK melalui Aplikasi Dalam Talian;
  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10%
    markah kokurikulum; dan
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILK dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
Jadual KPTN 2013
kptn-2013

Jawatan Kosong Kerajaan / Perkhidmatan Awam di Sarawak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Arkitek, Gred J41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)
2. Pegawai Penilaian, Gred W41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)
3. Penolong Akauntan, Gred W27 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan)
4. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Gred J17 di Kem. Pembangunan Sosial (1 kekosongan)
5. Pembantu Syariah, Gred LS17 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)
6. Pembantu Perikanan, Gred G17 di Jabatan Pertanian (5 kekosongan)
7. Pembantu Veterinar, Gred G17 di Jabatan Pertanian (8 kekosongan)
8. Pembantu Pertanian, Gred G17 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
9. Pembantu Hidupan Liar, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
10.Juruteknik (Letrik), Gred J17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
11.Pembantu Penyelidik, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
12.Pembantu Penilaian, Gred W17 di
a) Majlis Perbandaran Padawan (1 kekosongan)
b) Majlis Daerah Sri Aman (1 kekosongan)

13.Pembantu Penguatkuasa, Gred N17 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan)
14.Juruteknik (Awam), Gred J17 di
a) Jabatan Kerja Raya (14 kekosongan)
b) Jabatan Pengairan dan Saliran (3 kekosongan)

15.Pembantu Am Rendah, Gred N1 di
a) Jabatan Pertanian (7 kekosongan)
b) Pentadbiran Bahagian Samarahan (2 kekosongan)
c) Majlis Daerah Simunjan (1 kekosongan)
d) Pentadbiran Bahagian Sri Aman (1 kekosongan)

16.Pemandu Kenderaan Bermotor, Gred R3 di
a) Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
b) Jabatan Kerja Raya (1 kekosongan)

17.Pekerja Awam, Gred R1 di Majlis Daerah Kapit (1 kekosongan)
18.Tukang K3 (Tukang Kayu), Gred R9 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
19.Pembantu Kesihatan Awam, Gred U17 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (7 kekosongan)
20.Tukang K3 (Tukang Paip), Gred R9 di Jabatan Kerja Raya (37 kekosongan)
21.Pengawal Keselamatan, Gred KP11 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)


Maklumat lanjut jawatan dan cara memohon sila klik sini

Senarai jawatan kosong 2013 terkini sila klik sini

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More