ads

Sunday, January 20, 2013

Borang Permohonan Undi Pos SPR Pilihanraya PRU 13 - 2013


Borang permohonan undi Pos oleh SPR untuk pilihanraya PRU ke 13. Kemudahan ini sangat berguna bagi warganegara Malaysia yang menetap atau berada di luar negara. Untuk makluman, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan memuat naik borang permohonan untuk mengundi secara pos di laman web rasmi SPR pada bulan Januari ini.
undi pos
Syarat Kelayakan Undi Melalui Pos
  • Penjawat awam yang berkhidmat di perwakilan luar negara serta pelajar sepenuh masa di luar negara
  • Rakyat Malaysia yang berdaftar serta bermastautin di luar negara
  • Semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, layak memohon untuk mengundi pos.
Borang Permohonan Undi Pos SPR
Borang boleh dimuat turun di laman rasmi SPR http://www.spr.gov.my/ pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Petugas media yang ingin mengundi secara pos perlu melengkapkan permohonan serta mendapat pengesahan majikan sebelum dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan menerusi faks, pos atau menyerahkannya sendiri.
Tarikh Tutup Penghantaran Borang Undi Pos
Tarikh akhir menghantar borang ialah pada hari ketiga selepas penamaan calon, petugas media yang layak (mengundi secara pos) akan menerima sampul keutamaan, antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More