ads

Thursday, January 24, 2013

7 juta dapat BR1M 2.0 Februari 2013


SUNGAI PETANI. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperolehi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui pejabat daerah dan pejabat pegawai pembangunan zon di seluruh negara.


"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baharu yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.

"Jadi kita jangkakan, sebanyak tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0 kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd. Shukor Mahfar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 memaklumkan di bawah projek BR1M 2.0, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan RM500.

Bantuan kali ini turut diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Ahmad Husni berkata, pengagihan BR1M 2.0 berkenaan akan dilakukan secara serentak bermula 1 Februari dengan majlis pelancaran dilakukan Perdana Menteri dan tamat pada 28 Februari.

"Bagaimanapun, individu yang membuat permohonan lewat iaitu selepas 31 Disember mungkin akan dapat BR1M 2.0 sedikit lewat iaitu selepas Februari.
"Ini kerana pihak LHDN perlu mengambil masa untuk menyemak permohonan berkenaan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Husni dalam ucapannya berkata, kerajaan menghargai usaha LHDN yang berjaya menunjukkan peningkatan kutipan cukai pendapatan sejak 2010.

"Tahun lalu LHDN mencatatkan kutipan cukai RM124.8 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara.

"Ia menunjukkan peningkatan berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun sebelumnya serta jauh lebih tinggi berbanding kutipan RM86.49 bilion pada 2010.

"Apabila penjanaan pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat," jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan slogan baharu LHDN iaitu 'Hasil Teman Keceriaan Anda'.

Pengenalan slogan berkenaan merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dan menjadikan sistem percukaian sebagai aset kepada komuniti.

sumber:UtusanMalaysia

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More