ads

Thursday, January 24, 2013

SPA terima 1.1 juta permohonan isi kekosongan perkhidmatan awam


ZAINAL ABIDIN Ahmad (dua kanan) melihat Mohd. Halim Shamsudin, 23 (duduk dua kiri), Mohamad Nurhafiz Mohd. Khanafi, 25, (kanan) dan Mohd. Redzuan Abdul Majid, 19, (duduk, kiri) memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam secara online ketika melawat tapak pameran karnival kerjaya perkhidmatan awam di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh dekat Muar, hari ini.
MUAR 23 Jan. - Sehingga kini terdapat 1.1 juta permohonan baharu dalam pangkalan data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan dalam sektor awam negara.

Timbalan Setiausaha (Pengambilan), SPA Zainal Abidin Ahmad berkata, pada tahun lepas sahaja sebanyak 832,701 permohonan baharu dicatatkan.

"Daripada 1.1 juta permohonan dalam data bank SPA, sebanyak 46,000 pelantikan baru telah dilakukan tahun lepas untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan.

"Ini termasuk 36,000 mengisi kekosongan jawatan secara tetap manakala selebihnya secara kontrak," katanya kepada pemberita selepas sesi interaksi Pengerusi SPA dengan ketua-ketua jabatan persekutuan, badan berkanun, persatuan dan badan bukan kerajaan, di sini hari ini.

Katanya daripada jumlah permohonan baharu itu, 12 peratus atau 99,385 permohonan adalah dari Johor.

Dari segi pecahan kaum pula, Zainal Abidin berkata, bilangan pemohon bukan Melayu masih kurang, terutama yang berketurunan Cina.

"Sehubungan itu kita mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan kaum Cina dan India serta media massa bahasa berkenaan untuk bersama-sama menyebar maklumat agar lebih ramai memohon berkhidmat dengan kerajaan kerana SPA adalah untuk semua," katanya.

Menurutnya, berbanding kaum lain, pemohon kaum Cina lebih bertumpu kepada jawatan peringkat lebih tinggi iaitu kelompok pengurusan dan profesional. - BERNAMA

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More