ads

Monday, September 12, 2011

Semakan Keputusan Rayuan IPTA Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Pertama Sesi 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13% permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 %(STPM), 1,057 atau 3.48 % (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34% (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM).

Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini.
 
Keputusan permohonan rayuan akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Dasar pemilihan rayuan ialah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Isu berbangkit kerana pemohon tidak berpuas hati dengan tawaran atau gagal mendapat tempat, perlu ditangani secara berhemah oleh kementerian.

Mengenai isu yang berbangkit, dikenal pasti antara faktor calon tidak mendapat tawaran ijazah pertama ialah tidak memenuhi syarat am ditetapkan. Mungkin calon tidak mendapat pendedahan maklumat tepat dan terkini daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengenai dasar serta prosedur permohonan ke IPTA.

Selain itu, calon juga kurang meneliti syarat khas program ditetapkan bagi pengajian yang dimohon melalui e-panduan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT. Akibatnya, calon tidak bijak memilih program pengajian bersesuaian dengan kelayakan dimiliki. 

Satu lagi faktor ialah kecenderungan calon memohon program pengajian popular atau kompetitif di IPTA yang berfokus di Lembah Klang saja walaupun memiliki kelayakan rendah dan tidak memenuhi syarat khas program ditetapkan oleh IPTA berkaitan. Calon kurang bijak serta tidak strategik dalam pemilihan program pengajian dan juga IPTA ketika mengemukakan permohonan sehingga menyebabkan mereka tidak terpilih, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Rujhan berkata, kementerian juga mengenal pasti ramai calon aliran sastera, terutama berkelayakan STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) tinggi, tidak mendapat tawaran kemasukan kerana kekurangan tempat disediakan IPTA bagi program pengajian yang dimohon.

Beliau berkata, ada calon aliran sains dengan PNGK tinggi pula memohon program pengajian Sains Kesihatan Bersekutu yang mempunyai bilangan tempat kemasukan terhad.

Akibatnya ketika pemilihan, calon hanya dapat ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan, iaitu sains gunaan, sains tulen, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer, katanya.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More