ads

Friday, December 7, 2012

Borang Permohonan Bantuan Rumah 1Malaysia 2013 - Online


Berikut adalah borang bantuan rumah 1 Malaysia 2013 yang lebih dikenali sebagai rumah mesra rakyat 1 Malaysia (RMR1M). Tujuan pelaksanaan bantuan rumah ini adalah memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM.
Syarat Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
  •     Warganegara Malaysia.
  •     Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  •     Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  •     Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  •     Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  •     Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN
Siapakah yang layak untuk memohan dibawah program ini?
Program ini layak dipohon oleh keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM1,500 sebulan dan tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk pembinaan yang bebas daripada sebarang sekatan.
Dari manakah SPNB mendapat pembiayaan untuk melaksanakan projek ini?
SPNB telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Rumah Mesra Rakyat dengan kaedah satu pertiga (1/3) daripada kos tersebut di subsidi oleh Kerajaan, sementara dua pertiga (2/3) lagi diberi pinjaman tanpa faedah kepada pemohon berlandaskan konsep Qadrul – Hassan.
Berapakah bayaran bulanan yang harus diselesaikan oleh pemohon berlandaskan konsep Qadrul- Hassan?
Pembayaran balik pinjaman secara bulanan adalah RM150 sebulan sehingga selesai pinjaman seperti di jadual.


Borang Rumah Mesra Rakyat
Untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More