ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Bomba Gred KB17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jadual Gaji:

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:
  • i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • iii) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a) mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b) menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c) menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d) memanjat tali.
  • iv) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
Mengendalikan pam bomba.
Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More