ads

masukkan email anda

Tuesday, June 14, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji:

P1T1 RM862.73 - P1T24 RM1711.21
P2T1 RM914.16 - P2T24 RM1809.64
P3T1 RM967.10 - P3T24 RM1912.44

Syarat Lantikan:

i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan;
iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabilan telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
  • Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
  • Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
  • Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
  • Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
  • Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
  • Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
  • Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More