ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-kerja Sebagai Jururawat Masyarakat Gred U19 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji:

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63
 
Syarat Lantikan:

i) warganegara Malaysia;

ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred U19: P1T7 RM1136.52]; dan

iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:

Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
  • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Menyambut kelahiran bayi.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More