ads

Tuesday, June 14, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Keselamatan Gred KP17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab
: Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii) bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menyelia dan menyelaras Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14, menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi dan mengarahkan pengawal-pengawal keselamatan mengawasi pelawat-pelawat yang memasuki kompleks.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4536

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More