ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-Kerja Seorang Laskar Kelas II Maritim Gred X1 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji:

P1T1 RM897.00 - P1T21 RM2065.40
P2T1 RM957.13 - P2T21 RM2159.73
P3T1 RM1018.99 - P3T21 RM2256.19

Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi) diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray. 
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat perlakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.
Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3198

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More