ads

Tuesday, June 14, 2011

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Tempat Bertugas:
Kementerian Sumber Manusia

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Jadual Gaji:

P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan:
  • sijil dalam bidang berkaitan daripada politeknik-politeknik tempatan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T7 RM1151.64]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T8 RM1203.07]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T7 RM1151.64]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T7 RM1151.64]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
  • Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
  • Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
  • Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
  • Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
  • Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
  • Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More