ads

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Perbezaan Pinjaman Pelajaran MARA, PTPTN Dan JPA

Perbezaan pinjaman pelajaran MARA PTPTN dan JPA. Berikut adalah perbezaan pinjaman pelajaran yang paling utama jika anda menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Perbezaan dibawah adalah berdasarkan pengalaman pihak kami yang pernah menggunakan pinjaman MARA, PTPTN dan JPA ketika menuntut di IPT.

matrikulasi
Pinjaman Pelajaran MARA
Pinjaman pelajaran MARA lebih dikenali sebagai pinjaman pelajaran pemboleh ubah hak milik Majlis Amanah Rakyat. Malangnya, pinjaman MARA hanya terbuka kepada calon Bumiputera Sabah/ Sarawak dan Melayu sahaja. Menariknya, pemberian Elaun Sara Hidup diberikan pada setiap bulan. Lebih hebat lagi apabila calon boleh memohon pengurangan MARA berdasarkan CGPA dan boleh diubah kepada biasiswa jika calon mendapat CGPA kelas pertama (Diploma dan Ijazah). Keburukan pinjaman MARA adalah calon terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama selewatnya 12 bulan atau lebih sebelum permohonan diluluskan. Malangnya pinjaman MARA hanya untuk IPTS terpilih sahaja.

Pinjaman Pelajaran PTPTN
Pinjaman pelajaran PTPTN pula lebih memihak kepada pelajar IPTA sahaja. Memandangkan yuran IPTA telah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia, mahasiswa tidak perlu risau berhutang dengan PTPTN dengan banyak. Namun bagi IPTS, pinjaman PTPTN adalah teramat membebankan. Tambahan pula PTPTN ditambah dengan kos admin dan bunga (Interest). Elaun sara hidup pula turut diberikan pada setiap Semester. Berita baik bagi pelajar Ijazah, jika anda mendapat CGPA kelas pertama anda layak memohon biasiswa daripada PTPTN.

Pinjaman Pelajaran JPA
Pinjaman pelajaran JPA lebih dikenali sebagai Biasiswa JPA. Biasiswa JPA antara paling diidamkan oleh semua mahasiswa. Ini kerana ianya adalah “Biasiswa” dan calon tidak perlu membayar yuran mahupun elaun sara hidup. Malangnya bukan mudah untuk mendapat tajaan JPA. Melainkan anda merupakan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.

Permohonan Sekolah Pendidikan Khas Tingkatan 1 & 4 Online 2016

Permohonan sekolah pendidikan Khas tahun 2016 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Pendidikan Khas 2016 akan dibuka mulai 27 Julai 2015 hingga 12 September 2015.
sekolah-pendidikan-khas-2016
Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Ting 1 & 4 Online
Tempoh Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016
27 Julai 2015 sehingga 12 September 2015.

Thursday, February 28, 2013

Semakan Penempatan Guru Interim 2013 Sekolah Menengah


Semakan keputusan penempatan guru Interim 2013 di Sekolah Menengah. Kepada calon graduan yang telah berjaya dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang lalu, anda akan ditempatkan di beberapa sekolah menengah di negara ini. Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Menurut KPM, calon boleh membuat applikasi semakan mulai 27 Februari 2013.
penempatan guru 2013
Semakan Interim 2013
SEMAKAN PENEMPATAN GURU INTERIM DI SEKOLAH MENENGAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013 telah dibuka dari 27 Februari hingga 30 April 2013. Sila layari laman http://www.moe.gov.my/

Borang Permohonan Rumah Pertama Belia SPNB Online 2015/2016


Borang permohonan rumah pertama Belia SPNB secara online. Program juga dikenali sebagai Program Rumah Pertama Rakyat khas untuk membantu golongan belia mendapatkan rumah mampu milik dengan kos yang sederhana.
rumah pertama
Syarat Permohonan
  • Berusia 35 tahun ke bawah dengan pendapatan kurang RM5,000
  • Warganegara Malaysia
Kenyataan Akhbar
Sebanyak 1,870 unit rumah ditawarkan iaitu 1,224 unit rumah di Laguna Biru (Fasa 2) dengan keluasan 850 kaki persegi seunit manakala selebihnya iaitu 646 unit rumah dibina di Alam Prima yang berkeluasan 904 kaki persegi.
Harga jualan bagi seunit rumah di Laguna Biru (Fasa 2) ialah dari RM145,000 dan Alam Prima (Fasa 2) pula dijual pada harga RM190,000.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan akan dibuat 10 minggu dari sekarang.
Borang Permohonan Online
Pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman web SPNB di www.spnb.com.my

Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41


Urusan Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.

Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

Baki 5,033 daripada 7,824 graduan iaitu 2,246 graduan IPTA dan 2,787 graduan IPGM yang telah memohon jawatan PPPS Gred DG41 akan melalui urusan temuduga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013. Semakan maklumat temu duga boleh dibuat oleh setiap graduan di Portal SPP mulai 15 Februari 2013. Butiran mengenai jadual temuduga adalah seperti yang berikut:

Maklumat lanjut dan sumber : http://www.spp.gov.my/images/stories/Dokumen/urusan%20pelantikan%20DG41.pdf

Read more: http://www.informasikerjaya.com/2013/02/info-urusan-pelantikan-graduan-iijazah.html#ixzz2M9pTgkhz
 - See more at: http://www.informasikerjaya.com/2013/02/info-urusan-pelantikan-graduan-iijazah.html#sthash.MzNJDXXF.dpuf

Friday, February 22, 2013

Berita baik Untuk Kakitangan Awam



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Thursday, February 21, 2013

BN Youth Job Fair 2013



KUALA LUMPUR — Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair di empat lokasi terpilih pada tahun ini berikutan sambutan hangat yang diterima pada setiap penganjuran sebelum ini. 

Pengerusi Sekretariat BN Youth Job Fair, Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata, karnival kerjaya itu akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada 31 Januari hingga 1 Februari ini. 

Lokasi kedua ialah Dewan Millenium di Terengganu Trade Centre pada 22 dan 23 Februari diikuti Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bagi menutup tirai 2013. 

"Para graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan mahupun yang sudah bekerja dijemput ke karnival kerjaya sepanjang tahun ini," katanya. 

Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival itu boleh menghubungi pihak sekretariat dengan melayari laman sesawang www.bnyouthjobfair.my. 

BN Youth Job Fair 2012 yang berlangsung di PWTC November lepas menerima sambutan sangat menggalakkan apabila berjaya menarik 120,000 pengunjung dengan lebih 100,000 resume diterima.— BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2LSiZbMo7 
Hakcipta terpelihara

7,824 siswazah pendidikan ke gred DG41



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. 

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. 

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013. 

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini. 

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan. 

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan. 

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LSHNMvUs 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, February 20, 2013

Waspada ejen BL1M



Orang ramai dinasihat berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya kepada Bernama, semalam.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang semuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata, bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi esok.

Tengku Azman berkata, sehingga 14 Februari lalu lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.
Beliau berkata, Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.
Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta ‘Money Order’ atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato’ Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur. - BERNAMA

Sunday, February 17, 2013

Info - 14,492 Graduan Dikecualikan Bayar Hutang PTPTN


KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003. 

Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas. 

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf. 

“Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta. 

Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2L4pc8D00 
Hakcipta terpelihara

Tuesday, February 12, 2013

Punca Kakitangan Kontrak Sukar Diserap Ke Jawatan Tetap 2013



PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain adalah antara punca kakitangan kontrak sukar diserap ke jawatan tetap.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jenis kontrak berbeza juga perlu dinilai oleh SPA kerana terdapat banyak skim berbeza dalam sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, tidak semua kakitangan yang dilanjutkan kontraknya setiap tahun boleh diserap terus ke jawatan tetap kerana bergantung kepada jenis kontrak masing-masing .

''Soal hendak ke jawatan tetap atau tidak kita tengok jenis kontraknya, kontrak ini ada banyak jenis, ada gaji hari, ada tiga bulan sekali berbeza antara satu sama lain.

''Kita kena tengok dulu, tidak semudah itu (untuk lantik ke jawatan tetap) ada kontrak ikut musim projek. Kalau teras perkhidmatan pelantikannya ikut kepakaran maka tak ikut skim, kalau kontrak perkhidmatan kena ikut skim perkhidmatan," katanya selepas mengadakan sesi interaksi bersama pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di sini hari ini.

Mahmood menjelaskan, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan kakitangan kontrak terbabit layak mengisi kekosongan itu, maka pelantikan ke jawatan tetap akan dibuat.

Menurutnya, faktor sikap seperti enggan berpindah ke lokasi baru dan enggan bertukar jabatan walaupun sudah berkhidmat antara 10 hingga 40 tahun turut menyumbang kepada kesukaran melantik kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Terdapat 17,200 kakitangan kontrak dalam Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Pihak SPA juga meminta pegawai yang berkhidmat secara kontrak memohon jawatan bagi pelantikan tetap melalui laman web SPA dan tidak hanya bergantung kepada jawatan berstatus kontrak sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130209/dn_16/SPA-nilai-sebelum-serap-ke-jawatan-tetap#ixzz2KgBw83aN
© Utusan Melayu (M) Bhd


Saturday, February 9, 2013

Kelebihan Kerja Kerajaan - 80 jenis elaun penjawat awam dikaji semula



PM dijangka umum perubahan menggembirakan termasuk gaji statik penjawat awam

Labuan: Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela dan menjadi berita gembira kepada mereka. 
Sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Beliau berkata, pelbagai persoalan dan permintaan daripada penjawat awam diajukan kepada beliau sejak menjawat jawatan itu, termasuk status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuk perumahan dan tuntutan perjalanan.

Kesamarataan elaun

“Semua ini termasuk sejumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu saja, gaji yang statik turut juga dikaji dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sungai Labu di sini, semalam.

Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu. 
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pemelihara kepentingan awam

Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.

“Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat.

Perhatian khusus

Katanya penduduk Labuan amat bertuah kerana mendapat perhatian khusus kerajaan dalam Belanjawan 2013 dengan pemberian diskaun 50 peratus bagi tambang penumpang dan kenderaan komersial yang menggunakan perkhidmatan feri. 

Selain itu, katanya kerajaan juga akan melaksanakan projek 1,000 unit rumah mampu milik dan empat projek dengan anggaran kos berjumlah RM165.65 juta untuk mengukuhkan kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab minyak dan gas. - BERNAMA

Friday, February 8, 2013

Info - Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012/2013



Bonus Jubli Emas TH 2012 adalah bersempena dengan Sambutan 50 tahun penubuhan TH dan ianya merangkumi Bonus Tahunan (6.5%) dan Bonus Khas (1.5%).

Bonus Jubli Emas akan dikreditkan ke akaun pada 10 Februari 2013

Cara Pengiraan bonus Tabung Haji

Bonus Tahunan adalah berdasarkan baki minima bulanan bagi tempoh 12 bulan
tahun semasa.

Cara pengiraan bonus khas adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan bagi tempoh 84 bulan dan didarabkan dengan kadar yang telah ditetapkan.

sumber : http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/424836/PEMBAYARAN%20BONUS%20TABUNG%2

Wednesday, February 6, 2013

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Pencen Tahun 2013


Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji pencen tahun 2013. Bayaran ini adalah penting sebagai rujukan bagi semua pesara yang telah berkhidmat di sektor perkhidmatan awam. Untuk pengetahuan buat semua pesara, bayaran pencen dibuat lebih awal pada setiap bulan berbanding gaji kakitangan awam 2013. Dibawah ni adalah jadual rasmi yang dikeluarkan oleh JPA.
Tarikh Bayaran Pencen 2013
pencen-2013
Untuk info yang terkini, umur persaraan bagi perkhidmatan awam telah dinaikkan kepada umur 60 tahun.

Tuesday, February 5, 2013

1ACP buka 30,000 peluang kerja kedua buat pesara tentera - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Program kerjaya kedua yang dimulakan Kementerian Pertahanan sejak Jun lepas menyediakan bidang latihan yang mampu memberi peluang kerjaya kedua kepada lebih 30,000 pesara tentera menjelang 2020.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program yang dikenali sebagai 1ACP (1 Active Carrier Planning) itu dibangunkan secara ekslusif kepada bakal veteran tentera dan dijalankan melalui usaha sama Kerjaya Sukses Sdn. Bhd.

"Melalui program ini juga dijangka kira-kira 4,200 hingga 4,800 veteran setiap tahun akan mempunyai kerjaya kedua selepas persaraan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program itu dan laman portal www.Kerjayaveteran.my di sini, hari ini.

Beliau berkata, program itu adalah bagi memastikan golongan itu mempunyai kerjaya kedua seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan sosi-ekonomi mereka, manakala laman web itu akan bertindak sebagai portal kerjaya kepada bakal pesara itu.

Ahmad Zahid berkata, melalui program itu, Kerjaya Sukses akan mengenalpasti veteran yang akan bersara dalam tempoh tiga tahun dan mengetahui bidang yang bakal diceburi mereka, seterusnya menyediakan latihan dengan segala infrastruktur bagi memberi pendedahan dan latihan secukupnya kepada mereka.

Melalui program itu juga, bakal veteran yang mempunyai masalah kewangan dalam menjalankan kerjaya kedua, akan diberi bantuan pinjaman kewangan seterusnya membantu mereka menjayakan bidang yang mereka ceburi, katanya.

Beliau berkata, program 1ACP itu mendapat kerjasama 14 syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta bagi membolehkan mereka mendapatkan tenaga kerja daripada veteran tentera yang telah dilatih.

"Saya sebelum ini diberitahu oleh Syarikat Iskandar Malaysia, mereka ingin menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada bakal veteran tentera, tetapi kami tidak mampu sediakan kerana tiada satu program khusus bagi melatih mereka.

"Jadi dengan wujudnya 1ACP ini maka insyAllah kami bukan sahaja dapat membantu golongan veteran malah membantu syarikat yang memerlukan veteran," katanya.

Ahmad Zahid turut menasihatkan bakal veteran yang menyertai program ini agar lebih berdikari selepas bersara dan keluar daripada keselesaan yang diterima mereka semasa dalam perkhidmatan tentera.

"Ada sebahagian veteran yang sudah selesa dengan kemudahan yang diterima mereka dalam perkhidmatan tentera termasuk memiliki rumah dan kemudahan sekolah untuk anak-anak mereka. Saya harap mereka boleh keluar dari kepompong ini dan terus memajukan diri mereka," katanya. - BERNAMA

Sunday, January 27, 2013

Tarikh Rasmi Keputusan STAM 2012 Diumumkan Keluar


Tarikh keputusan STAM 2012 akan diumumkan keluar pada 30 Januari 2013. Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia itu boleh didapatkan di sekolah masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. Kenyataan rasmi ini telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
STAM-Sijil-Tinggi-Agama-Malaysia
Calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama. Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran negeri tempat mereka mendaftar.
Cara Semakan STAM 2012
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM (1/8)angka giliran(3/8) dan hantar ke 15888 mulai 10 pagi, 30 Januari sehingga 11.59 malam, 5 Februari.

Pengumuman Gaji Maksimum Kakitangan Awam 2013


Pengumuman gaji maksimum bagi kakitangan awam 2013. Pihak kerajaan akan umumkan penetapan lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari 2013. Seperti biasa pada setiap tahun, isu gaji penjawat awam akan sentiasa dibentangkan agar ianya sejajar dengan prestasi dan taraf hidup masa kini.
Gaji-Penjawat-Awam-2013
Setakat ini, pihak JPA kini sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan lagi.
Apapun, kita tunggu keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji maksimum ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Thursday, January 24, 2013

Borang Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2013 Online


Borang permohonan Asrama 1Malaysia (AIM) Sesi 2013 secara online. Dimaklumkan bahawa kemasukan asrama ini khas bagi pelajar tingkatan 1 sudah pun dibuka. A1M menempatkan murid dari pelbagai bangsa di Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Calon atau pelajar yang terpilih berdasarkan syarat kelayakan dan akan ditempatkan di sekolah yang telah ditetapkan.
asrama+1+malaysia

Syarat Permohonan
  • Terbuka kepada murid warganegara malaysia sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2013.
  • Terbuka kepada semua kaum
  • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh pentadbir sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan
  • Kelas Aliran Agama).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  • Sijil Lahir pemohon / Kad Pengenalan b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa
  • Keputusan UPSR 2012 d. Salinan sijil-sijil kokurikulum
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Senarai Sekolah Asrama 1Malaysia
asrama
Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013
Sila klik pada link dibawah untuk dapatkan borang permohonan:
Download Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013

Tarikh Tutup Permohonan A1M 2013
Tarikh tutup pada 31 Januari 2013

SPA terima 1.1 juta permohonan isi kekosongan perkhidmatan awam


ZAINAL ABIDIN Ahmad (dua kanan) melihat Mohd. Halim Shamsudin, 23 (duduk dua kiri), Mohamad Nurhafiz Mohd. Khanafi, 25, (kanan) dan Mohd. Redzuan Abdul Majid, 19, (duduk, kiri) memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam secara online ketika melawat tapak pameran karnival kerjaya perkhidmatan awam di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh dekat Muar, hari ini.
MUAR 23 Jan. - Sehingga kini terdapat 1.1 juta permohonan baharu dalam pangkalan data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan dalam sektor awam negara.

Timbalan Setiausaha (Pengambilan), SPA Zainal Abidin Ahmad berkata, pada tahun lepas sahaja sebanyak 832,701 permohonan baharu dicatatkan.

"Daripada 1.1 juta permohonan dalam data bank SPA, sebanyak 46,000 pelantikan baru telah dilakukan tahun lepas untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan.

"Ini termasuk 36,000 mengisi kekosongan jawatan secara tetap manakala selebihnya secara kontrak," katanya kepada pemberita selepas sesi interaksi Pengerusi SPA dengan ketua-ketua jabatan persekutuan, badan berkanun, persatuan dan badan bukan kerajaan, di sini hari ini.

Katanya daripada jumlah permohonan baharu itu, 12 peratus atau 99,385 permohonan adalah dari Johor.

Dari segi pecahan kaum pula, Zainal Abidin berkata, bilangan pemohon bukan Melayu masih kurang, terutama yang berketurunan Cina.

"Sehubungan itu kita mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan kaum Cina dan India serta media massa bahasa berkenaan untuk bersama-sama menyebar maklumat agar lebih ramai memohon berkhidmat dengan kerajaan kerana SPA adalah untuk semua," katanya.

Menurutnya, berbanding kaum lain, pemohon kaum Cina lebih bertumpu kepada jawatan peringkat lebih tinggi iaitu kelompok pengurusan dan profesional. - BERNAMA

7 juta dapat BR1M 2.0 Februari 2013


SUNGAI PETANI. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperolehi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui pejabat daerah dan pejabat pegawai pembangunan zon di seluruh negara.

"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baharu yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.

"Jadi kita jangkakan, sebanyak tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0 kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd. Shukor Mahfar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 memaklumkan di bawah projek BR1M 2.0, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan RM500.

Bantuan kali ini turut diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Ahmad Husni berkata, pengagihan BR1M 2.0 berkenaan akan dilakukan secara serentak bermula 1 Februari dengan majlis pelancaran dilakukan Perdana Menteri dan tamat pada 28 Februari.

"Bagaimanapun, individu yang membuat permohonan lewat iaitu selepas 31 Disember mungkin akan dapat BR1M 2.0 sedikit lewat iaitu selepas Februari.
"Ini kerana pihak LHDN perlu mengambil masa untuk menyemak permohonan berkenaan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Husni dalam ucapannya berkata, kerajaan menghargai usaha LHDN yang berjaya menunjukkan peningkatan kutipan cukai pendapatan sejak 2010.

"Tahun lalu LHDN mencatatkan kutipan cukai RM124.8 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara.

"Ia menunjukkan peningkatan berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun sebelumnya serta jauh lebih tinggi berbanding kutipan RM86.49 bilion pada 2010.

"Apabila penjanaan pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat," jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan slogan baharu LHDN iaitu 'Hasil Teman Keceriaan Anda'.

Pengenalan slogan berkenaan merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dan menjadikan sistem percukaian sebagai aset kepada komuniti.

sumber:UtusanMalaysia

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More