ads

masukkan email anda

Thursday, February 21, 2013

7,824 siswazah pendidikan ke gred DG41



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. 

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. 

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013. 

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini. 

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan. 

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan. 

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LSHNMvUs 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More