ads

Saturday, April 28, 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bagi Lulusan Sijil Menengah Agama / Ugama Ambilan June 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
BAGI LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA(SMU)
 AMBILAN KHAS JUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut 

1 KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)Pilihan Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)Mod Kursus : Sepenuh Masa

2 STRUKTUR PROGRAM

2.1 Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester) 

3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada
atau selepas 30 Jun 1992.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

4 SYARAT TAMBAHAN

4.1 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
4.1.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama
(SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID)
dI peringkat SMA atau SMU.

5. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
5.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
5.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.

5.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUSdalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i - Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii - Sejarah; daniii - Pendidikan Syariah Islamiah.

6. CARA MEMOHON
6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 23 April 2012.
6.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahajadan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)


Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2012

Tarikh semakan penggilan temuduga maktab perguruan KPLSPM 2012 boleh dibuat mulai 30 April 2012. Kepada calon SPM yang telah membuat permohonan KPLSPM 2012, anda boleh membuat semakan panggilan temuduga di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semakan keputusan Temuduga Dan Ujian Insak : 

7 – 18 Mei 2012.




Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 : 5 Jun 2012

Pendaftaran Pelajar Baru:  18 Jun 2012



Menurut pemberitahuan di portal KPM aplikasi semakan akan aktif sepenuhnya dalam pukul 2 ptg ini,Kalau tidak sabar untuk membuat semakan boleh layari pada url aplikasi semakan dibawah

http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/temuduga/login.cfm 




 P/S: KLIK SKIP ADS DIRUANGAN SEBELAH ATAS KIRI SETELAH KLIK LINK DIATAS. KESULITAN AMATLAH DIKESALI


Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan atau masalah, anda bolehlah meninggalkan komen diruangan komen dibawah.
Sekian Terima Kasih.


Friday, April 27, 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah

JAWATAN KOSONG AT MAJLIS DAERAH TAPAH

This application is opened to all Malaysian citizens who are qualified to fill jawatan kosong at Majlis Daerah Tapah.

1.Akauntan (W41)
2.Penolong Jurutera (J29)
3.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
4.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)
5.Juruteknik Komputer (FT17)
6.Penghantar Notis (N3)
7.Pemandu Kenderaan (R3)
8.Pekerja Awam (R1)

Closing Date : 23 May 2012



Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2012 Dan Tarikh Kemasukan

Berikut adalah yuran pengajian pendaftaran Matrikulasi 2012. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam kursus pengajian pra universiti Matrikulasi.
Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012
Yuran Pendaftaran
Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains :RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan :RM 480.00
Teknikal :RM 550.00
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada :
28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia
21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan

Penangguhan pengajian
Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Denda Jika Berhenti Matrikulasi:
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.

Selamat mendaftar kepada semua pelajar baru Matrikulasi sesi 2012

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More