ads

Sunday, April 22, 2012

#Tips Tambah Rasa Yakin Diri Untuk Yang Masih Menganggur


Graduan menganggur seringkali di salah erti. Biasalah, orang tak ada kerja pastu masih lagi terkapai-kapai mencari kerja. Dalam situasi begini graduan menganggur perlu ada sikap yakin diri. Untuk meningkatkan tahap motivasi dalam tempoh menganggur, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk meningkatkan rasa yakin diri:

1. Percaya dan yakin bahawa rezeki ada di mana-mana.  Anda seorang graduan, gunakan kreativiti, kesungguhan digabung dengan tenaga muda. Kalo tak dapat kerja, buat kerja sendiri. Niagakan kemahiran Anda, jual dalam bentuk perkhidmatan. Orang muda sentiasa kaya dengan idea. Duit ada kat mana-mana!

2. Jika orang pandang serong ngan Anda, setiap kali orang pandang rendah ngan Anda, jangan ambil kisah. Just be neutral. Elak rasa terpukul dengan pandangan mereka. Makin di layan, makin sakit hati dibuatnya. Cara terbaik untuk menangani orang camni adalah, biarkan saja mereka. Selepas tu fokus untuk menambah baik diri sendiri. Elak untuk jadi terlalu lama menganggur, buat apa saja kerja halal yang mendatangkan duit.

3. Pilih kawan yang betul-betul punya kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang membantu Anda, bukan kawan yang memandang rendah pada Anda. Pilih kawan yang memberi Anda sokongan moral, bukan kawan yang meruntuhkan moral Anda. Memegang status sebagai graduan menganggur amat mencabar, terutama dari segi emosi. Bila Anda dah ada kawan yang memberi dorongan motivasi pada Anda, kesannya Anda akan merasa yakin. Anda akan merasa optimis Anda boleh mendapat kerja.

4. Tahu apa kekuatan-kekuatan diri Anda, iaitu tahu sebenar-benar tahu keupayaan minda Anda.Terokai kekuatan minda Anda dengan perasaan ingin tahu dan Anda akan jumpa berbagai perkara yang boleh membantu Anda. Anda menganggur mungkin sebab Anda tak letak matlamat nak mencari kerja dalam masa terdekat. Anda mungkin tak mendesak minda untuk mencari kerja dan mindset Anda tak meletakkan Anda sebagai pencari kerja yang gigih. Mulai sekarang, ubah mindset.

5. Ubah mindset dengan mengubah ‘title’ Anda. Jangan sebut graduan menganggur. Sebutlah sebagai ‘freelancer’. Orang sekeliling Anda pandang tinggi dengan Anda sebab biasanya freelancer terdiri dari golongan berkemahiran serta berpendidikan. Bila Anda sebut diri Anda sebagai freelancer, Anda akan merasa bersemangat mencari kerja dan ‘mengadakan’ kerja, mungkin terdorong untuk bekerja sendiri. Kan bagus begitu?

Ingat, menganggur tak semestinya gelaran tak baik dan tak semestinya gelaran buruk untuk Anda. Elak merasa rendah diri hanya kerana Anda graduan menganggur.

Anda menganggur mungkin sebab Anda tak mengadakan kerja, tak membuat kerja dan tak berusaha melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan duit. Graduan menganggur sebenarnya bukanlah menganggur, tapi sedang berada dalam situasi menyesuaikan diri dengan mana-mana pekerjaan yang dia rasa selesa. 

Menganggur tak semestinya tak bekerja langsung. Menganggur adalah saat yang baik untuk Anda memperbaiki diri, menambah baik kemahiran serta mengenali kekuatan diri yang tersembunyi.

Credit : http://www.informasikerjaya.com

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More