ads

Sunday, April 22, 2012

Semakan Keputusan Permohonan Panggilan Ujian MEdSI 2012

Semakan Keputusan Permohonan Panggilan Ujian MEdSI 2012. Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.
Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Format Ujian MEdSI
Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
Terbahagi kepada 4 bahagian:
Personaliti – 110 soalan
Minat Kerjaya – 60 soalan
Nilai Integriti – 70 soalan
Kecerdasan Emosi – 60 soalan
Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.
Semakan Panggilan Ujian MEdSI
Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI. Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012. Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Tarikh Ujian MEdsi 2012
  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.
Temuduga Program Pendidikan
Mereka yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula. Panggilan temuduga dijangka boleh disemak pada 19 Mei 2012. 

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More