ads

Tuesday, June 14, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Laut Gred A17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM829.45 - P1T24 RM2178.66
P2T1 RM882.39 - P2T24 RM2299.69
P3T1 RM936.84 - P3T24 RM2425.14

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : P1T1 RM829.45]; atau
  • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : P1T3 RM932.31]; atau
  • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : P1T3 RM932.31]; atau
  • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : P1T4 RM983.74]; atau
  • Officer Incharge of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : P1T8 RM1189.46]; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
  • Aspek Kewangan dan Personel
  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.Aspek Industri (Perkapalan)
  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.Aspek Keselamatan Pelayaran
  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)
  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More