ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-Kerja Sebagai Jurubahasa Gred L17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM823.40 - P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 - P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 - P3T24 RM2400.97

Syarat Lantikan:

(i) Jurubahasa Melayu  
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred L17 : P1T9 RM1222.68]
(ii) Jurubahasa selain daripada Jurubahasa Melayu
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; dan
[Gaji permulaan ialah pada Gred L17 : P1T9 RM1222.68]
lulus Ujian Lisan bahasa / dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Deskripsi Tugas:
Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More