ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-Kerja Seorang Juruteknik Komputer Gred FT17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T1 RM843.06]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T2 RM894.49]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T3 RM945.92]; atau
  • sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T6 RM1100.21]; atau
  • sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T9 RM1254.50]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan Juruteknik Komputer yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More