ads

masukkan email anda

Wednesday, June 22, 2011

#Dilema- Mencari Pekerjaan Ataupon Mencipta Kerja?

Cari Kerja Atau Cipta Kerja? Anda pilih yang mana? Saya pasti ramai di antara kita memilih yang pertama kerana yang pertama lebih mudah berbanding yang kedua. Peluang pekerjaan dah ada, cuma hanya perlu mohon sahaja. Tetapi risikonya belum tentu dapat kerana permintaan tinggi.
 
Ramai penganggur yang sedang berhempas pulas untuk mengisi ruang kosong dalam sektor pekerjaan. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak stabil, orang yang dah bekerja pun silap hari bulan boleh dibuang kerja.

Jadi anda rasa bagaimana?

Masih memilih yang pertama? Sebenarnya di negara kita kerjaya ditentukan dahulu kemudian Kementerian Pelajaran menyediakan pembelajaran dalam bidang tersebut. Tetapi alangkah baiknya jika negara kita mencipta ruang kerjaya berdasarkan bakat dan potensi masyarakat setempat. Barulah kadar pekerja asing dapat dikurangkan. Realiti yang berlaku ramai graduan terpaksa menganggur kerana mereka ternanti-nanti bidang kerja yang setaraf dengankelayakan akademik mereka.
Sebenarnya mencipta pekerjaan lebih mudah berbanding mencari kerja kerana selalu yang berlaku ijazah atau diploma yang anda dapat tidak memberikan jaminan untuk anda mendapat pekerjaan dalam bidang yang sama. Jadi bukankah ianya satu kerugian jika ditilik kepada kerjaya. Memang berisiko. Bahkan semua perkara pun berisiko. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan inovasi anda akan jadi lebih hebat dengan membina kerjaya melalui kelebihan dan bakat dalam diri.
 
Pendek kata, jangan terlalu berharap pada kelayakan akademik anda jika ingin berjaya. Dalam dunia hari ini, pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya memerlukan kewangan segera. Jadi jika anda menanti dan menanti agak sukar kerana permohonan di bidang kerajaan terlalu tinggi. Lebih baik mencari peluang kerjaya yang rendah tetapi momentum untuk berjaya juga tinggi.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More