ads

Monday, June 20, 2011

10 Tips Rahsia Lulus Dan Berguna Ketika Di Temuduga - Berdasarkan Pengalaman

Ini ada beberapa tips untuk temuduga.

1. Persiapkan diri dengan bahan bacaan yang berkaitan dengan temuduga. Tak kiralah temuduga untuk kerja kerajaan atau sektor swasta mahupun temuduga untuk pembantu makmal sains sekalipun, anda kena kaji dan buat sedikit kerja rumah. Ianya memudahkan anda untuk jawab soalan semasa temuduga. Benda-benda asas seperti rukun negara, Dasar Pendidikan Negara, nama-nama menteri, Isu semasa seperti tanah runtuh, kemalangan dan juga apa-apa isu semasa yang berkaitan itu juga anda kena ambil tahu. Tidaklah nanti hanya jawab, 'saya tak tahu' aje.

2. Dari segi kekemasan. Pakaian ketika temuduga pun kena bagus. Janganlah memakai pakaian yang selekeh dan comot(tidak kemas). Harus diingatkan, anda perlu memakai tali leher sekiranya anda mengikuti temuduga kerajaan. Lagi elok lagi sekiranya anda memakai blazer. Tapi kebiasaannya, blazer hanyalah diguna pakai bagi yang pemohon jawatan tinggi. Kalau setakat gred 17 dan kebawah cukuplah dengan memakai tali leher sahaja. Rambut anda juga perlulah kemas dan disisir rapi. Janganlah datang temuduga buat rambut cacak-cacak atau berwarna. Kasut pula sentiasa berkilat(di kiwi).Aksesori tambahan seperti jam tangan, minyak wangi juga digalakkan. Supaya anda kelihatan 'macho dan smart' ketika ditemuduga.

3. Makan dahulu sebelum pergi menemuduga. Jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar perut itu diisi. Perut yang kosong boleh menganggu konsentrasi anda ketika ditemuduga. Seeloknya makanlah sedikit cokelat supaya anda tidak berasa gugup dan cemas.

4. Niat. Ini antara yang paling penting. Jangan tinggalkan solat anda. Minta kepada Allah supaya kita dapat jawatan tersebut dan dilancarkan semasa ditemuduga. Kerana, hanya tuhan sahajalah yang dapat menolong kita. Kalau dah dapat, janganlah pula kita melupakannya.

5. Jangan terlalu banyak cakap sebelum proses temuduga. Kena sabar dan tenangkan hati. Jangan gelabah sangat ketika proses temuduga berjalan. Jangan cakap terlalu cepat atau terlalu lambat. Sentiasa bersedia dan jawab dengan tertib. Jangan juga bercerita terlalu panjang yang boleh membuatkan para penemuduga berasa bosan.

6. Datang awal. Bangun awal dan pergi tempat temuduga awal. Ini untuk mengelakkan anda lambat sampai dan mungkin terlepas temuduga tersebut. Pastikan anda tahu tempat anda ditemuduga. Langkah awal, survey dahulu tempat temuduga dan cari jalan-jalan short-cut yang boleh membantu anda cepat sampai. Tidaklah rasa seperti terkejar-kerja nanti.

7. Minta restu daripada ibu dan bapa. Minta mereka doakan agar anda dapat melalui proses temuduga dengan tenang dan baik. Doa ibu bapa ini biasanya makbul.

8. Berserah dan tawakal. Jangan terlalu yakin yang anda akan dapat kerja ni walaupun kita tahu keyakinan tu penting. Berserah seadanya dan yakin yang anda sudah melakukan apa yang sewajarnya. Jangan menyesal dan menangis selepas temuduga walaupun anda tahu ada beberapa soalan mudah yang korang tak dapat jawab dengan baik. Kita dah usaha, jadi langkah terakhir, berdoa dan bertawakal.

9. Baca mana-mana tips temuduga yang boleh membantu meningkatkan keyakinan korang untuk pergi ke temuduga nanti. Boleh juga beli ebook kerja kerajaan ni kalau korang apply kerja dengan government. Ebook ni ada tips yang baik dan beritahu cara untuk menempuh proses temuduga yang mencabar itu. Ebook yang baik dan sangat bagus untuk dimiliki terutamanya bagi mereka yang nak kerja dengan kerajaan atau yang nak jadi guru . Ramai yang dah berjaya selepas mempraktikkan ilmu dan tips dalam panduan temuduga kerja kerajaan tersebut.

10. Sentiasa Senyum. Jawablah dengan muka yang tenang dan sentiasa tersenyum. Mana tahu, dapat memikat hati tuan penemuduga. Mungkin ini boleh jadi perangsang mereka untuk menerima korang untuk kerja yang ditawarkan.

Semua yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman seorang orang guru yang telah berjaya dalam temuduganya. Jika ada yang sesuai untuk diikut, gunakan sahaja dan buat seadanya. Tips temuduga kerajaan ini sesuai untuk semua pekerjaan. Macam yang kita semua tahu, bila kita pergi temuduga, itu bermaksud kita mahu pekerjaan tersebut. Jadi, buat betul-betul macam kita berminat dan nak kerja tersebut. Jangan sambil lewa sahaja.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More