ads

Tuesday, October 30, 2012

Siapa Cakap Kerja Kerajaan Tak Best ?


Siapa Cakap Kerja Kerajaan Tak Best ?

Kalau anda tanya saya kerja kerajaan ni best ke tak jawapan saya pasti satu sahaja – kerja kerajaan memang best !

Serba Sedikit Tentang jawatankerajaan.blogspot.com

Sebelum anda baca lebih lanjut, mestilah anda nak tahu tentang website ni, betul tak ?
Website ini diwujudkan khusus untuk mereka di luar sana yang ingin menyertai sektor awam .
Saya akan cuba yang terbaik untuk menyediakan informasi yang dapat membantu anda mendapatkan tempat di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya akan tambah kandungan dari masa ke semasa dan kalau anda dapati ada sedikit kekurangan tu harap maaf sebab saya ni juga macam anda, manusia biasa jer :-)
Saya tulis berdasarkan apa yang saya tahu. Jadi kalau anda perlukan maklumat yang lebih lengkap terpaksalah bertanya dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Saya harap website ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea bagaimana untuk anda bermula untuk menceburi kerja kerajaan.

Susah ke senang nak dapat kerja kerajaan ni ?

Sebenarnya jawapan untuk soalan ini bergantung kepada jawatan yang anda pohon. Ada sesetengah jawatan yang kurang mendapat permintaan atau jawatan yang tidak memerlukan tahap kemahiran yang tinggi – jadi mudahlah untuk menjawat kerja kerajaan berkenaan. Ada sesetengah jawatan tu berkali-kali kita pohon masih tak dapat-dapat. Jadi jawapan untuk soalan ni memang agak subjektif.

Masih banyak ke kerja kerajaan kosong ?

Ya, masih banyak kerja kerajaan kosong ! Yang penting anda perlu pandai mencari. Anda juga tidak boleh mudah berputus asa. Sekiranya permohonan anda di tolak, anda hendaklah terus mencuba memohon jawatan lain. Terdapat banyak agensi kerajaan di negara ini yang anda boleh cuba. Di setiap agensi ini pasti akan ada jawatan kosong untuk di isi.Baca lebih lanjut tentang tip-tip mencari kerja kerajaan kosong

Anda sedang mencari peluang kerja kerajaan ?

kerja kerajaan
Kerja Kerajaan Best !
Jika ya, saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan mencari dan memohon. Jika tidak,kenapa tidak ? Tahukah anda tentang faedah-faedah bekerja di sektor awam ? Jika anda nak tahu, anda boleh baca artikel lengkap tentang peluang kerja kerajaan di Malaysia dan faedah-faedah yang bakal anda peroleh apabila anda menjawat jawatan dalam kerajaan.
* Gambar diambil dari blueyeda

Mana nak dapat borang permohonan kerja kerajaan ?

Tak susah sebenarnya nak dapatkan borang permohonan kerja kerajaan. Bagi mereka yang sudah bekerja dan ingin menukar kerja, semestinya mereka tahu bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan. Bagi mereka yang belum bekerja dan tidak tahu bagaimana nak bermula, saya telah tulis artikel tentang 3 cara anda boleh mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan.

Ada tak contoh resume kerja kerajaan ?

Saya dah tulis artikel tentang bagaimana nak tulis resume kerja kerajaan. Saya terangkan beberapa perkara penting yang perlu ada dalam resume kerja anda. Baca artikel tentang tip dan contoh resume kerja kerajaan yang berkesan

Macam mana nak lulus temuduga (interview) kerja kerajaan ?

Katakanlah anda dah isi borang, dah hantar resume dan berjaya dipanggil untuk temuduga. Atau mungkin anda sudah bekerja tetapi dipanggil untuk temuduga kenaikan pangkat. Mungkin anda akan mula tertanya-tanya macam mana nak lulus  temuduga? Jadi saya telah sediakan beberapa tip secara umum tentang bagaimana nak lepas  halangan terakhir ini sebelum anda boleh duduk di kerusi pejabat- pejabat kerajaan. Anda boleh baca artikel tentang tips untuk interview kerja di sini.
Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan website/blog pekerja kerajaan yang tak seberapa ini dari masa ke semasa. Saya akan cuba menambah entri jika berkesempatan. Harapan saya semoga lebih ramai lagi yang menceburi kerja kerajaan ini :) Peace !

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More