ads

Tuesday, October 30, 2012

Borang Permohonan Kerja Kerajaan


Borang Permohonan Kerja Kerajaan
Isi Borang Dulu Sebelum Pergi Temuduga
Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk mendapatkan sesuatu kerja baik kerja kerajaan mahupun kerja swasta, anda hendaklah terlebih dahulu mengisi borang permohonan kerja. Kadang-kadang jika anda bernasib baik, mungkin ada pihak-pihak yang mengadakan “walk-in” interview tanpa anda perlu mengisi borang terlebih dahulu.

3 Cara Mendapatkan Borang Permohonan Kerja Kerajaan

Berbalik kepada permohonan untuk menjawat jawatan di pejabat kerajaan, terdapat tiga cara. Kalau anda nak kongsikan cara-cara lain, anda boleh ceritakan di bahagian komen.
1) Muat turun borang permohonan kerja dari website kementerian/jabatan kerajaan.
Anda boleh layari laman-laman (website) online kementerian/jabatan yang anda minat dan anda boleh dapatkan borang permohonan kerja dari laman-laman kerajaan tersebut. Setiap website adalah berbeza jadi saya tak boleh terangkan secara spesifik di sini. Secara umumnya, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencari bahagian jawatan kosong  atau bahagian peluang kerjaya di laman tersebut.
Bila anda melawat website kerajaan, anda bukan sahaja boleh mendapatkan borang permohonan kerja tetapi juga anda boleh mengetahui jawatan kosong kerja kerajaan terkini yang diiklankan di website tersebut. Jadi, nasihat saya selalu- selalulah layari website kementerian/jabatan kerajaan.
Di sini saya berikan 2 contoh website kerajaan yang mengiklankan jawatan kosong dan juga menyediakan borang permohonan kerja.
1) Kerja kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah – laman web rasmi KETENGAH mengiklankan kerja kosong dan juga menyediakan borang permohonan untuk dimuatturun.
2) Peluang kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia – di muka depan website ini terdapat bahagian Peluang Kerjaya. Anda boleh cari peluang kerja di situ.
Saya tidak dapat senaraikan semua di sini, cukuplah sebagai contoh untuk anda faham apa yang saya cuba sampaikan di sini.
Setelah anda layari website tersebut, anda perlu muatturun borang permohonan ke komputer anda dan cetak(print) borang permohonan kerja kerajaan yang telah dimuat turun tadi. Isi borang tersebut dan hantarkan ke pihak yang berkenaan (berdasarkan arahan yang diberikan di borang tersebut)
2) Dapatkan borang permohonan dari pejabat-pejabat kerajaan berdekatan.
Sekiranya pejabat kerajaan tidak jauh dari tempat tinggal anda, anda boleh terus pergi ke pejabat-pejabat kerajaan tersebut untuk mendapatkan borang permohonan kerja.
Pejabat-pejabat tersebut biasanya mempunyai kaunter pertanyaan atau penyambut tetamu. Anda perlu nyatatakan kepada mereka yang anda ingin memohon kerja dan ingin mendapatkan borang permohonan kerja.
Kalau boleh, anda bersiap sedia dengan resume dan sijil-sijil yang berkaitan bila pergi ke pejabat-pejabat berkenaan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan terus dipanggil untuk temuduga kerja “on-the-spot”.
3) Telefon organisasi kerajaan berkenaan.
Kadangkala sesetengah website kerajaan tidak mengiklankan kerja kosong dan menyediakan borang permohonan di website mereka. Dalam kes ini, apa yang perlu anda buat adalah salin nombor telefon dari website tersebut dan telefon pejabat-pejabat yang berkenaan.
Nyatakan niat anda untuk memohon kerja dan minta disambungkan ke bahagian tenaga kerja (human resource) Setelah disambungkan nyatakan tujuan anda menelefon dan terus tanya kepada pihak terbabit bagaimana anda boleh memohon kerja dan juga di mana anda boleh dapatkan borang permohonan kerja.

Dapatkan Borang Permohonan Kerja Kerajaan Sekarang

Jadi sekarang anda dah tahu bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan. Sebenarnya tak susah nak dapatkan borang tersebut. Setelah anda mendapat borang tersebut, isi sebaik mungkin dan ikut arahan pada borang tersebut.
Sebelum anda menghantar borang tersebut, pastikan anda sertakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan tersebut seperti resume. Anda boleh baca tentang tip dan contoh resume kerja kerajaan.
Saya harap mendapat manfaat dari perkongsian saya tentang cara untuk mendapatkanborang permohonan kerja kerajaan ini.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More