ads

Friday, July 22, 2011

Sabah, China Perlu Teroka Kerjasama Dalam ICT, Bangunkan Lembah Makanan

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- China dan negeri Sabah perlu meneroka bagaimana kedua-duanya boleh bekerjasama di dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta cadangan membangunkan lembah makanan di kawasan pedalaman, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Katanya kedua-dua sektor itu adalah sumber pertumbuhan baharu yang merupakan antara peluang pembangunan bersama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.

Pembangunan lembah makanan boleh dilakukan melalui pengenalan cara baharu menuai padi kerana kedua-duanya adalah wilayah pengeluar padi, katanya di dalam teks ucapannya bagi merasmikan Forum Pelaburan Sabah-China di sini Jumaat.

"Bidang lain yang boleh dikaji ialah teknologi nano, pengeluaran buah-buahan dan tenusu, pemulihan alam sekitar dan teknologi hijau," kata Musa.

Teks ucapannya dibacakan oleh timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Forum itu diadakan sempena mesyuarat Majlis Bersama Malaysia-China (MCBC) ke-lapan di sini antara 21-23 Julai.

Mesyuarat itu adalah acara tahunan antara MCBC dan rakan Chinanya, Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), bagi menyemak semula aktiviti yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dan juga bagi membincangkan mengenai kerjasama masa depan.

Tempat mesyuarat itu diadakan secara bergilir-gilir antara Malaysia dan China.

Delegasi MCBC diketuai Pengerusinya, Tun Musa Hitam manakala CCPIT diketuai Naib Pengerusinya, Wang Jinzhen.

Musa berkata Sabah, yang merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, sedang dalam proses mentransformasi ekonominya dari berasaskan aktiviti bernilai tambah berjajaran kecil kepada yang lebih dipelbagai dan dipacu oleh pengetahuan, inovasi dan produktiviti.

Musa berkata Sabah akan terus menawarkan pakej insentif kompetitif untuk menarik pelaburan sektor asing di dalam pembangunan infrastruktur dan sektor lain seperti pertanian, pengilangan dan logistik.

Sementara itu, Wang berkata Sabah telah meninggalkan kesan yang baik terhadap delegasi China.

Katanya pelancongan adalah satu sektor yang boleh dipromosikan oleh kedua-dua pihak, yang sekaligus meningkatkan bilangan pelancong China ke negeri itu.

Wang berkata lebih banyak syarikat China kini melabur di seberang laut dan Malaysia, khususnya, boleh menyediakan sedikit tarikan bagi mereka untuk ke sini.

-- BERNAMA

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More