ads

Friday, July 22, 2011

ATM Mahu Penyertaan Lebih Ramai Bukan Bumiputera

SANDAKAN, 22 Julai (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu meningkatkan pengambilan anggota tentera yang baru bagi kuota bukan bumiputera kepada 30 peratus, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam pengambilan anggota baru sebelum ini, penyertaan bukan bumiputera adalah kurang daripada 10 peratus.

"Kita akan mencuba menarik 30 peratus bukan bumiputera dalam pengambilan rekrut baru akan datang dan usaha menarik minat mereka sedang giat dilakukan termasuk melalui promosi kerjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1 Mindef di sini Jumaat.

Ahmad Zahid berkata bagi anggota tentera baru yang masuk melalui Maktab Tentera Diraja dan Universiti Pertahanan Nasional, mereka diberi peluang meningkatkan kerjaya serta pelajaran.

Peluang itu termasuklah menyambung pengajian hingga ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD), katanya.

Beliau berkata pada masa sekarang terdapat 38 pegawai ATM memiliki PhD hasil daripada sistem pembelajaran sepanjang hayat yang diamalkan di dalam ATM.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau beliau berpuas hati dengan tahap kawalan keselamatan oleh ATM bersama agensi keselamatan yang lain di perairan timur negeri ini.

"Saya baru melawat kawasan penugasan anggota ATM di Op Pasir semalam di pulau Danawan serta pulau-pulau di sekitar. Saya memberi jaminan bahawa pertahanan hadapan di perairan timur Sabah dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata usaha juga sedang dilakukan untuk memodenkan dan menambah baik aset yang digunakan oleh anggota ATM dalam penugasan di Op Pasir.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More