ads

Thursday, July 21, 2011

Kerajaan Melanjutkan Tempoh Penggunaan Skim Jaminan Modal Kerja

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah melanjutkan tempoh penggunaan Skim Jaminan Modal Kerja untuk syarikat Bumiputera, yang akan berakhir tahun ini, sehingga penghujung tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Meneteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, langkah tersebut adalah untuk memastikan syarikat Bumiputera dapat memanfaatkan keseluruhan peruntukan skim tersebut yang berjumlah RM1.5 bilion.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM3 bilion di bawah skim ini untuk memberi peluang kepada Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) mendapatkan modal kerja dari institusi kewangan tempatan."

"Bagaimana pun, jumlah yang telah digunakan oleh syarikat Bumiputera setakat ini adalah lebih kurang RM300 juta daripada RM1.5 bilion yang telah diperuntukkan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program EKS Bumiputera Berprestasi Tinggi di sini Rabu.

Peruntukan untuk syarikat bukan Bumiputera, yang juga sebanyak RM1.5 bilion, telah hampir digunakan sepenuhnya, katanya.

Kerajaan juga telah meluaskan skop skim itu kepada pembiayaan modal perniagaan, seperti pembelian alatan dan mesin, bagi memudahkan usahawan Bumiputera mempunyai aksesibiliti kepada sumber pembiayaan.

Nor Mohamed berharap dengan lanjutan tempoh ini, syarikat-syarikat Bumiputera dapat mengambil kesempatan untuk memohon pinjaman dan menggunakan peruntukan tersebut sepenuhnya.

-- BERNAMA

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More