ads

Monday, June 13, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pelukis Pelan Gred J17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji:

P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut.[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1 RM843.06]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T2 RM894.49]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T3 RM945.92]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pelukis Pelan Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pelukis Pelan Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Menyurih dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan) dengan penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3313

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Perhubungan Preman Gred KP19 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji:

P1T1 RM1147.08 - P1T20 RM2295.05
P2T1 RM1198.51 - P2T20 RM2411.63
P3T1 RM1251.45 - P3T20 RM2532.55

Syarat Lantikan:
Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan; atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan; atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Koperal atau Sarjan dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perisikan seperti taktikal, strategik, gerak saraf, risik balas dan keselamatan dan peperangan elektronik (PE).
Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3944

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Penjara Gred KX17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab
: Jabatan Penjara

Jadual Gaji:

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Grex KX17:P1T1 RM827.94]

b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
  • iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • iv) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
  • v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
c) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.
Sumber : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4522

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian / Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
Sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3232

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Imigresen Gred KP17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Imigresen

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
c) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4535

Kerja-Kerja Seorang Pegawai Bomba Gred KB17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jadual Gaji:

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:
  • i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • iii) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a) mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b) menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c) menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d) memanjat tali.
  • iv) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
Mengendalikan pam bomba.
Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Kerja-Kerja Seorang Laskar Kelas II Maritim Gred X1 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji:

P1T1 RM897.00 - P1T21 RM2065.40
P2T1 RM957.13 - P2T21 RM2159.73
P3T1 RM1018.99 - P3T21 RM2256.19

Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi) diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray. 
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat perlakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.
Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3198

Kerja-Kerja Seorang Merinyu Tali Air Gred J17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem./Jab.: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian

Jadual Gaji:


P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan: 
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Sijil Institut Pertanian atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T8 RM1203.07]; atau
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9 RM1254.50]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik bagi pemeliharaan dan pengendalian semua skim-skim tali air di bawah kawalannya.
Sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3809

Semakan Keputusan Temuduga Bagi Jawatan Renjer Hutan Gred G17 (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)

Semakan Keputusan Temuduga Bagi jawatan Renjer Hutan Gred G17 tahun 2011 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah mengikuti temuduga Jawatan Renjer Hutan Gred G17 baru-baru ini boleh membuat semakan keputusannya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan. 

Tahniah diucapkan kepada calon yang telah berjaya dan terpilih dalam temuduga tersebut. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau betul-betul minat dalam bidang nie, cubalah sehingga berjaya. Tahun depan masih ada lagi.:)

Kerja-Kerja Seorang Juruteknik Ukur Gred J17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil dalam bidang Ukur Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Deskripsi Tugas: 
Bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan, penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur sempadan antarabangsa dan negeri serta menyediakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer.

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More