ads

Wednesday, March 13, 2013

Jawatan Kosong Di UTM Space Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di UTM Space Mac 2013


Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTMSPACE telah ditubuhkan pada bulan Julai 1993, rentetan daripada aspirasi kerajaan untuk meningkatkan jumlah modal insan yang berkualiti di Malaysia. UTMSPACE menyediakan laluan alternatif bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengikuti pengajian daripada arus pengajian perdana . Sejajar dengan operasi organisasi yang semakin pesat berkembang dan imej UTMSPACE yang semakin dikenali di mata masyarakat, kami menjemput individu yang dinamik, inovatif serta mempunyai aspirasi yang tinggi untuk menyahut cabaran dalam bersama-sama merealisasikan Visi dan Misi UTMSPACE. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Eksekutif Penerbitan

Kelayakan Akademik

  • Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Kepujian dalam pelbagai bidang namun keutamaan diberikan dalam bidang Pengajian Melayu / Kesusteraan / Linguistik / Bahasa Inggeris daripada universiti yang diiktiraf
Tugas dan Tanggungjawab
  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penulisan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk artikel, buletin, laporan tahunan dan lain-lain bentuk penulisan
  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kulit buku dan sebagainya
  • Bertanggungjawab terhadap sistem dokumentasi
  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja terjemahan
  • Bertanggungjawab merekabentuk storyboard untuk penerbitan video
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
2. Jurugambar

Kelayakan akademik

  • Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Diploma / Sijil dalam bidang fotogra / Media daripada institusi pengajian yang diiktiraf
Tugas dan Tanggungjawab
  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja fotogra di majlis-majlis anjuran UTMSPACE
  • Bertanggungjawab menyelenggarakan server media.
  • Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan bergambar
  • Pengeditan gambar
  • Merekod, mendaftar dan membuat dokumentasi pada setiap sesi fotogra dibuat.
  • Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengurus Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perhubungan Pelanggan
Calon yang berminat, sila hantarkan surat permohonan beserta resume anda kepada kami di alamat berikut:

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia,
34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor
atau emelkan kepada : hr@utmspace.edu.my

Tarikh Tutup 22 Mac 2013

Untuk pertanyaan, sila hubungi : 07-521 8129 

sumber : http://www4.utmspace.edu.my

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More