ads

Wednesday, March 13, 2013

Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Kelantan Mac 2013

Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Mac 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengaturcara Komputer) F29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N17 (Lelaki)
3. Ahli Fotografi, B17
4. Juruaudio Visual, N17

Taraf jawatan: Kontrak

Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan. 

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Tarikh Tutup 24 MAC 2013

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang dan Iklan jawatan klik sini

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More