ads

Sunday, April 29, 2012

Jawatan Kosong Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan

Sebut saja jawatan kosong kerajaan pastinya ramai diantara kita yang berminat untuk mencuba. Bila berbincang tentang mencari kerja tetap, tentunya jawatan kosong sektor kerajaan menjadi pilihan utama kita. Ini sudah menjadi budaya kepada kebanyakkan kita yang ada di Malaysia hari ini. Jawatan kosong kerajaan merupakan kepuasan dan jaminan masa depan dalam soal memilih kerjaya. Jawatan kosong kerajaan ataupun kita katakan berkerja dengan pihak kerajaan memang tidak dinafikan mempunyai banyak kelebihannya. Pihak kerajaan sendiri sentiasa menambahbaikkan insentif-insentif kepada kakitangan kerajaan sesuai dengan perkembangan ekonomi dan peredaran zaman.

Jawatan Kosong Kerajaan Jadi Pilihan


Komplek Kerajaan yang terletak di Putrajaya
Semakin hari jawatan kosong kerajaan menjadi pilihan kepada graduan-graduan lepasan universiti awam ataupun swasta, ini secara tidak langsung telah membuatkan jawatan kosong kerajaan menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi dikalangan pencari kerja. Pihak kerajaan sendiri telah memperbaiki sistem permohonan kerja kosong kerajaan di dalam misi mempercekapkan lagi pentadbiran kerajaan dengan tenaga kerja yang dinamik dan professional
Definasi Jawatan Kosong Kerajaan
Di sini saya bukan ingin menterjemahkan maksud jawatan kosong kerajaan ini dalam bentuk ilmiah atau mengikut konteks bahasa tetapi sebaliknya ingin memudahkan pembaca dengan sasaran mencari kerja kosong kerajaan ini. Mari kita mulakan dengan maksud kerajaan itu sendiri. Kerajaan ini terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Pusat
Kerajan Pusat lebih tertumpu kepada pentadbiran negara kita itu Malaysia. Lokasi kerajaan pusat ini terletak di Putrajaya
Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri pula tertumpu kepada pentadbiran sesebuah negeri. Seperti mana yang kita tahu di Malaysia kita mempunyai 14 buah negeri yang ditadbir oleh kerajaan negeri masing-masing.
Dengan adanya pusat-pusat pentadbiran inilah wujudnya peluang kerja atau apa yang kita katakan sebagai jawatan kosong kerajaan.

Contoh Jawatan Kosong Kerajaan

Mungkin anda masih kurang jelas dengan kerja kerajaan ini, yang mana satu dikatakan kerja kerajaan? Ramai juga diantara kita berpendapat jawatan kosong kerajaan hanya untuk jawatan kosong tertentu sahaja. Untuk lebih jelas anda di sini saya senaraikan beberapa contoh jawatan kosong kerajaan yang ada di negara kita ini:

Kerja Kerajaan terdiri daripada pelbagai bidang kerja
- Penguatkuasa Kastam
- Guru/Guru Kemas
- Bomba
- Polis/Tentera
- Pemandu di Jabatan Kerajaan
- Penguatkuasa JPJ
- Attendan Hospital Awam
- Juru Farmarsi Hospital Awam
- Kerani sekolah kerajaan
- Pegawai Daerah
- Jurutera Daerah
- Pensyarah di Universiti awam
- Pegawai Pendidikan (PPD)
- Jururawat/Doktor di klinik kerajaan
- Pembantu Am Rendah (PAR) di Jabatan Kerajaan
- Pekerja di Pejabat Risda, Fama, Mardi (Pertanian)
Pada contoh di atas saya menyenaraikan pelbagai jawatan kosong kerajaan supaya anda mendapat gambaran bahawa jawatan kosong kerajaan ini terdiri dari pelbagai jawatan, samada tinggi ataupun rendah tetap dikira sebagai kerja kerajaan. Asal sahaja ia berada di bawah pentadbiran kerajaan maka itu dianggap jawatan kosong kerajaan. Saya harap anda mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang jawatan kosong kerajaan ini.

Kelebihan Jawatan Kosong Kerajaan

Bila kita bercakap mengenai kelebihan jawatan kosong kerajaan ini sudah pasti banyak kelebihannya. Antara kelebihan yang anda boleh nikmati apabila bekerja dengan jabatan kerajaan ialah seperti Elaun Sara Hidup, Elaun Rumah, Bonus, Kenaikan Gaji,Kemudahan Pinjaman, KWSP, Naik Pangkat, Kemudahan untuk melanjutkan pelajaran dan banyak lagi kelebihan yang boleh dinikmati. Pihak kerajaan dari masa kesemasa menambahkan insentif-insentif ini mengikut keperluan.
Di Malaysia sekarang memang terdapat kerja kosong swasta yang juga mampu memberikan insentif-insentif yang sama seperti jawatan kosong kerajaan, akan tetapi bilangannya buat masa ini agak terhad dan adakalanya hanya untuk jawatan tertentu sahaja. Sebagai contoh syarikat gergasi internet iaitu Google telah membuka pejabatnya di Malaysia, Google menawarkan persekitaran kerja yang cukup menarik dan gaji pula yang cukup lumayan akan tetapi jawatan kosong yang ditawarkan buat masa ini agak terhad kepada bahagian pengurusan sahaja. Anda juga boleh mencuba dengan syarikat swasta tempatan seperti TV3, Maxis, Celcom, Astro, CIMB, Maybank dan beberapa syarikat lain yang juga memberikan banyak kelebihan.
Ini bergantung kepada matlamat ataupun sasaran kerjaya anda sendiri. Jawatan kosong kerajaan memberikan jaminan masa depan yang baik buat anda dan keluarga, dan kerjaya di sektor swasta pula biasa mampu memberikan anda pengalaman kerja yang kondusif dan berdaya saing.

Bila Kerja Kosong Kerajaan Dibuka

Kebanyakkan kerja kosong kerajaan ini adalah bergantung kepada kepada Jabatan atau badan kerajaan itu sendiri. Ada yang melakukan pengambilan 2 kali setahun, 1 kali setahun dan ada juga yang dibuka sepanjang tahun. Ini semua mengikut kepada keperluaan pekerja sesuatu Jabatan atau Badan Kerajaan ini. Jabatan Kerajaan menggunakan saluran yang telah disediakan seperti SPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Tenaga Rakyat(JTR), JobsMalaysia dan lain-lain lagi akan memberikan maklumat jawatan kosong kepada para pencari kerja untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan atau badan kerajaan yang memerlukan pekerja dengan membekal maklumat mengenai jawatan kosong terkini dan terbaru tahun 2011 secara berkala.
Siapa yang Layak Memohon?
Hampir kesemua warganegara Malaysia layak untuk memohon kekosongan jawatan yang diiklankan. Syarat memohon setiap jabatan kerajaan adalah berbeza-beza mengikut jawatan, bidang pengurusan dan taraf jawatan. Antara syarat-syarat umum kerja kosong kerajaan adalah seperti berikut:
- Mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai kelulusan yang sesuai dari Institut tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan (Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah, dan lain-lain lagi), biasa kelulusan minimum bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Kebanyakkan jawatan kosong kerajaan juga memerlukan calon untuk Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Berkelakuan baik, tidak mempunyai rekod jenayah (mestilah bebas dari sebarang kesalahan jenayah/juvana atah dadah)

Gaji Kerja Kerajaan Berbanding Swasta?

Di dalam sistem gaji kerajaan ianya dikategorikan kepada beberapa gred tertentu mengikut jawatan. Di bawah ini ialah beberapa contoh tangga gaji untuk dijadikan panduan.
Jawatan: Arkitek/Jurutera
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P2T23 RM5306.79
Jawatan: Pegawai Khidmat Pelanggan
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
Jawatan: Pembantu Am Rendah (PAR)
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
P1T1 RM 647.51 – P1T14 RM 1178.43
P2T1 RM 689.98 – P2T14 RM 1242.09
P3T1 RM 734.08 – P3T14 RM 1307.38
Contoh tangga gaji ini merupakan gaji pokok sahaja, ia tidak termasuk insentif-insentif lain yang telah sediakan oleh kerajaan. Sekiranya anda berkelulusan Ijazah anda layak untuk memohon kumpulan Pengurusan dan Profesional di mana tangga gajinya bermula dengan RM2000 keatas. Semoga panduan ini dapat membantu anda di dalam memilih kerjaya nanti.


sumber: http://www.jawatankosongkerajaanspa.com/



Kata Carian Berkaitan Di sini:

  • jawatan kosong kastam jawatan kosong kastam 2012 SPA8 kerja kosong 2012 Spa8 2012 jawatan kosong 2012 jawatan kosong kerani sekolah 2012 spa8 jawatan kosong 2012 jawatan kosong kerajaan kerja kosong kerajaan 2012 jawatan kosong kerani sekolah kerajaan 2012 jawatan kosong jururawat 2012 jawatan kosong spa 8 kerani sekolah 2012 jawatan kosong kerajaan 2012 kerja kosong kerani sekolah 2012 jawatan kosong kerani 2012 jawatan kosong mardi 2012 iklan jawatan kosong kastam kerani sekolah kerajaan 2012 jawatan kosong spa8 2012 jawatan kosong kastam johor 2012 jawatan kosong kerani am 2012 jawatan kosong kerajaan 2012 terkini borang jawatan kosong kastam 2012 Jawatan kosong kerani kastam jawatan kosong 2012 kastam jawatan kosong spa8 jawatan kosong kastam 2011 jawatan kosong spa jawatan kosong kerani sekolah jawatan kosong kerani kerajaan 2012 jawatan kosong kastam diraja malaysia 2012 jawatan kosong kerajaan terkini 2012 borang jawatan kosong kastam

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More