ads

Thursday, January 26, 2012

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Sesi 2012

Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai, 20 Januari 2012.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Maktab Rendah Sains MARA
  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 1 adalah
    • SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2012.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 4 adalah
    • SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 MRSM 2012.

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS

  • Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS mulai pukul 10.00 pagi.
  • Format SMS : MARA MRSM <No. Angka Giliran> dan hantar kepada 15888.

Rayuan MRSM

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2012 dianggap tidak berjaya.

Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab dan IGCSE

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSEtelah diumumkan lebih awal pada 6 Januari 2012 yang lepas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More