ads

Friday, December 7, 2012

Skim Kemudahan Pelajar


“PENDIDIKAN hak setiap individu,” itulah prinsip dipegang erat Twintech International University College of Technology (Twintech) semenjak penubuhannya pada 1994.
Di dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu, terdapat golongan yang terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian ke peringkat tinggi kerana kekangan kewangan. 
Menyedari dilema itu, Twintech memperkenalkan skim kemudahan dan bantuan pembiayaan bagi pelajar yang mengikuti program pengajian asasnya (Foundation Studies).

Bagi pelajar-pelajar baru yang mendaftar untuk mana-mana program pengajian asas, melengkapkan pengajian dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, yuran akan ditukar kepada biasiswa.



Pemangku Pengarah Urusan Twintech Holdings Sdn Bhd, Dr Tengku Abdul Aziz Bin Tengku Zainal berkata, usaha itu bagi membolehkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kekangan kewangan meneruskan hasrat mencapai tahap pendidikan lebih tinggi.


“Kami mahu pelajar-pelajar kami fokus kepada pengajian dan melanjutkan ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu khuatir bebanan wang yuran,” katanya.

Skim-skim galakan pendidikan dan bantuan kewangan Twintech tidak terbatas ke tahap itu saja malah, usaha berpanjangan ini diterjemahkan melalui kaedah-kaedah lain umpamanya bagi pelajar program Optometri.

Sebaik melengkapkan tahun pertama pengajian, pelajar akan dihadiahkan set alatan opthalmoscope dan retinoscope yang merupakan kelengkapan penting bagi kerjaya mereka. Biasanya peralatan ini berharga kira-kira RM2,500 di pasaran.

Twintech menawarkan tiga bentuk pengajian asas terdiri daripada Foundation for Business, Foundation in Science dan Foundation in Engineering.

Masing-masing adalah landasan untuk pelajar memperkukuhkan asas pencapaian akademik mereka untuk memilih kursus-kursus di bawah aliran yang lebih khusus selepas itu melalui 15 pilihan program pengajian yang ditawarkan.

Dengan kelayakan SPM serta lima kredit termasuk lulus di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pelajar boleh mendaftar untuk program Pengajian Asas yang mengambil masa setahun dan menyambung ke peringkat Ijazah sarjana Muda tanpa perlu mengikuti laluan Diploma.

Istimewanya, program Pengajian Asas di Twintech, kelas-kelas mereka diletakkan di dalam kelompok fakulti-fakulti pengkhususan mereka kelak.

Ini membuatkan pelajar baru ini dapat berasimilasi dengan rakan-rakan pelajar dari kelompok yang sama dan mengikuti budaya dan sistem pembelajaran rakan-rakan lebih senior dengan mudah.

Asimilasi ini juga penting dalam membolehkan pelajar baru menerima bimbingan dari rakan yang lebih senior persis “buddy system”.

Pelajar Pengajian Asas juga bebas menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana pelajar biasa.

Seramai 400 pelajar dijangka memulakan Pengajian Asas untuk sesi 2013.

Dengan itu, nilai bantuan kewangan berbentuk yuran yang bertukar menjadi biasiswa adalah sebanyak RM3.2 juta.

Hubungi talian 1-300-88-1200, 019-6241 585 (Azwan) atau layari laman web, www.twintech.edu.my untuk maklumat lanjut.


sumber : hmetro.com.my

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More