ads

Thursday, March 29, 2012

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013


Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuatpermohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.
Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM
Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 sebagai panduan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Permohonan Dan Pengambilan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012 | Senarai Politeknik Di Malaysia


Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.
Politeknik

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

Permohonan Melalui UPU

  • Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Lepasan SPM boleh memohon 13 pilihan program pengajian melalui 1 nombor UNIK ID iaitu 8 pilihan program Politeknik Premier dan 5 pilihan program Politeknik Konvensional & METrO. 
  • Sila rujuk
    • Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 8 pilihan program.
    • Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 5 pilihan program.
  • Borang Permohonan UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011 dan Julai 2011 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel :pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More