Borang Permohonan PR1MA Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia kini sudah mula dibuka secara online. Ini sangat memudahkan semua rakyat untuk mengemukan pendaftaran. Kalau sebelum ni, permohonan hanya boleh dibuat melalui sistem pos, sekarang dah boleh dibuat secara online sahaja. Pendaftaran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibuka mulai 8 Disember 2012.
Tujuan PR1MA
PR1MA dibuka khas untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki sebuah rumah kos sederhana yang selesa.
Video Iklan PR1MA 1 MALAYSIA
Syarat-syarat Permohonan Rumah PR1MA Malaysia
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Sila layari laman web www.pr1ma.my
Antara Contoh Rumah PR1MA