Pembayaran Bonus Bulan Disember 2012 bagi Kakitangan Awam. Ini merupakan berita yang paling dinantikan oleh semua penjawat awam bagi persediaan anak-anak pada musim persekolahan tahun depan. Menurut sumber rasmi, kakitangan awam akan terima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500 pada bulan ini.
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. Kerajaan pada Ogos lepas telah memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Pemberian bonus itu adalah hasil daripada penghargaan khas buat kakitangan awam dan juga persediaan musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.