ads

Thursday, January 26, 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 | Tarikh Pengumuman Keputusan

keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM pada tahun ini yang terdiri daripada 3,782 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,462 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM
Mereka yang menduduki STAM 2011 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Semakan Secara SMS

Di samping itu mulai tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Format yang ditetapkan adalah;
  • STAM <angka giliran> dan hantar sms ke 15888
Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS hanya boleh dugunakan mulai pukul 10:00 pagi 26 Januari 2012 sehingga 12 tengahari 1 Februari 2012.

Permohonan Ke IPTA Untuk Lepasan STAM

Selepas menerima keputusan STAM mereka boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA. Maklumat lanjut boleh diperolehi di
  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan peperiksaan STAM ini sila hubungi JPN yang terdekat atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03 8884 3787 atau faks 03 8884 3783.

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Ke KV, SMT dan SMV 2012

TERKINI: Keputusan Rayuan / Ambilan Kedua
  • Difahamkan ada kolej/sekolah yang telah mengumumkan keputusan rayuan, sila semak laman web kolej/sekolah yang dirayu atau hubungi terus kolej/sekolah tersebut untuk maklumat lanjut.

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011 pukul 8.00 malam.
Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Vokasional
Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

Semakan Permohonan KV SMT SMV

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
  • Senarai laman web KV/SMT/SMV .

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Friday, January 20, 2012

Pegawai Bomba Gred KB4-1 2012 | Senarai Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Semakan Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan, Pegawai Bomba dan Penyelamat Gred KB4-1, kini boleh disemak. Semua calon yang ditemuduga pada bulan November 2011 yang lalu boleh membuat semakan menerusi laman web SPA di alamat www.spa.gov.my dengan memasukan no kad pengenalan anda.

Untuk pengetahuan anda, Gred KB17 telah pon ditukar kepada Gred KB4-1.
Tahniah kepada anda yang telah berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Sila cuba sekali lagi dimasa akan datang :)

Friday, September 30, 2011

Permohonan Secara Online ke Institusi Pendidikan MARA 2012 (IPMA)

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN MARA SESI JANUARI 2012.PERMOHONAN KE UNIKL/KPM/KKTM/IKM/GMI/KPTM UNTUK LEPASAN SPM /SIJIL / APMV /STPM DAN DIPLOMA.
Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan MARA(IPMa) Sesi Januari 2012.Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Sila rujuk laman web permohonan untuk menyemak tawaran kursus dan program pengajian yang disediakan.
 
Kriteria Pemilihan
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon.

Tajaan Pengajian

  • Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  • Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
  • Pemohon boleh juga datang sendiri ke institut, kolej, universiti yang berkenaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2012akan ditutup pada 7 Oktober 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk iklan permohonan untuk maklumat tambahan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
      Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
      Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 9010 / 9011
      Faks: 03-2698 6466
      e-mel : upim@mara.gov.my
      Laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/
    • Universiti Kuala Lumpur
      Bahagian Hal Ehwal Akademik
      1016, Jalan Sultan Ismail,
      50250 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2175 4000
      Faks: 03-2175 4001
      e-mel: enquiries@unikl.edu.my
      Laman web : http://www.unikl.edu.my/
    •  Kolej Poly-Tech MARA
      Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
      Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
      Jalan 6/91,
      Taman Shamelin Perkasa,
      Cheras,
      56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9281 0762  / 9285 6033
      Faks: 03-9281 2545 e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : http://www.kptm.edu.my/
    • Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612
      Faks: 03-2691 4510
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/
    • German-Malaysian Institute 
      Jalan Ilmiah,
      Taman Universiti,
      43000 Kajang,
      Selangor
      Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288
      Faks: 03-8921 9003
      e-mel: enquirygmi@gmail.com
      Laman web : http://www.gmi.edu.my

Friday, September 23, 2011

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (PPPS) 2011 | Keputusan Secara Online

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(PPPS) 2011 bagi lulusan sarjana muda pendidikan program pelajar cemerlang boleh disemak mulai 21 september 2011. Anda boleh membuat semakan secara online di laman sesawang kementerian pelajaran malaysia. Untuk membuat semakan, sila semak pada pautan yang diberikan kat bawah ni. Semoga berjaya.

Monday, September 12, 2011

Jawatan Kosong di Amansari Residence Resort | Bekerja Di Hotel Johor Bahru

2 Kekosongan Jawatan: Swasta/Private
Job Description :
Jawatan Kosong Amansari Residence Resort
Opened early January 2011, Amansari Residence Resort is a 4-star property with 288 units of elegantly designed room and apartments, and well equipped conference facilities. Situated in a prime location with a leisure ambience, Amansari Residence Resort is a short distance to Johor Bahru city for shopping and sightseeing spree.
Sales Manager
Requirements:
  • Minimum Diploma in Marketing preferred
  • At least 5 years’ experience in sales management.
  • Extensive experience in hotel industry
  • Strong understanding of customer and market dynamics and requirements
  • Ability to manage multiple projects, set priorities and meet deadlines
  • Willingness to travel and work in a team of professionals
  • Great selling skills; aggressive never-say-die attitude
  • Result-oriented; excellent communication skills
  • Proven leadership and ability to drive sales teams
  • Flexible and able to work irregular hours
Sales Executive


Requirements:
  • Minimum Diploma in Marketing or Hotel Management preferred
  • At least 1 year experience in sales management in the hotel industry
  • Pro-active and flexible attitude in a swift changing environment
  • Able to communicate on different levels
  • Ability to set priorities and meet deadlines
  • Flexible and able to work irregular hours
Amansari Hotels Management Sdn. Bhd
Wisma Mahabuilders, Pandan City, Kangkar Tebrau,
81100 Johor Bahru,
Johor 
Telephone: 07-331 0163
Tarikh Tutup Permohonan: 7 Oktober 2011

Jawatan Kosong KBU International College | Senior Lecturers & Assistant Marketing Manager

2 Kekosongan Jawatan: Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong KBU International College

KBU International College, an established premier private institution of higher learning seeks suitably qualified applicants for the following new positions:

1. Senior Lecturers
- Electrical & Electronic Engineering
- Computer Sc/Software Engineering
- Marketing & Management
- Accounting & Finance
- Graphic Design
- Interior Architecture & Design
- Furniture & Product Design
- Advertising Design

Jobs Requirements:
Applicants with PhD qualifications are preferred for the above positions.

2. Assistant Marketing Manager (Corporate Communication)

Jobs Requirements:
- At least 4-5 years marketing related experiences working in a Higher Education Institution environment, media or event management
- Willing to travel to local and overseas Roadshows and Exhibitions
- Have a positive attitude, team player, good communication skills and result oriented.
- Possesses a degree in any field.
- Knowledge of Mandarin is an advantage.
Prospects for advancement are excellent for the right candidates. Salary will commensurate with qualifications and experience. Please submit curriculum vitae with a recent passport-sized photograph (n.r), contact numbers, current and expected salary, not later than 30 September 2011 to:

Human Resource Department
KBU International College
No 1, Persiaran Bukit Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor
or fax to 03-7727 2733


Only shortlisted candidates will be notified.

Closing Date: 30 September 2011

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) | Pembantu Perubatan/Pelukis Pelan/Penyelia Ladang

3 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun/GLC
Job Description :

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

1. Pembantu Perubatan
2. Pelukis Pelan
3. Penyelia Ladang

Tarikh Tutup Permohonan: 16 September 2011



Jawatan Kosong Penyelia Pertanian & Eksekutif Pertanian di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)


 
2 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun/GLC
Job Description :
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan seperti jawatan berikut.

1. Penyelia Pertanian
2. Eksekutif Pertanian

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 20 September 2011

Semakan Keputusan Rayuan IPTA Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Pertama Sesi 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13% permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 %(STPM), 1,057 atau 3.48 % (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34% (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM).

Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini.
 
Keputusan permohonan rayuan akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Dasar pemilihan rayuan ialah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Isu berbangkit kerana pemohon tidak berpuas hati dengan tawaran atau gagal mendapat tempat, perlu ditangani secara berhemah oleh kementerian.

Mengenai isu yang berbangkit, dikenal pasti antara faktor calon tidak mendapat tawaran ijazah pertama ialah tidak memenuhi syarat am ditetapkan. Mungkin calon tidak mendapat pendedahan maklumat tepat dan terkini daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengenai dasar serta prosedur permohonan ke IPTA.

Selain itu, calon juga kurang meneliti syarat khas program ditetapkan bagi pengajian yang dimohon melalui e-panduan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT. Akibatnya, calon tidak bijak memilih program pengajian bersesuaian dengan kelayakan dimiliki. 

Satu lagi faktor ialah kecenderungan calon memohon program pengajian popular atau kompetitif di IPTA yang berfokus di Lembah Klang saja walaupun memiliki kelayakan rendah dan tidak memenuhi syarat khas program ditetapkan oleh IPTA berkaitan. Calon kurang bijak serta tidak strategik dalam pemilihan program pengajian dan juga IPTA ketika mengemukakan permohonan sehingga menyebabkan mereka tidak terpilih, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Rujhan berkata, kementerian juga mengenal pasti ramai calon aliran sastera, terutama berkelayakan STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) tinggi, tidak mendapat tawaran kemasukan kerana kekurangan tempat disediakan IPTA bagi program pengajian yang dimohon.

Beliau berkata, ada calon aliran sains dengan PNGK tinggi pula memohon program pengajian Sains Kesihatan Bersekutu yang mempunyai bilangan tempat kemasukan terhad.

Akibatnya ketika pemilihan, calon hanya dapat ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan, iaitu sains gunaan, sains tulen, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer, katanya.

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More