ads

Monday, June 20, 2011

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Sumber Manusia

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat / kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan / perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3956

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Perangkaan Gred E17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual Gaji:

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3427

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penyelidik Sosial Gred N17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Penerangan

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam menjalankan kerja-kerja soal-selidik, merekod dan mengumpul data-data, menyelidik, menyemak data-data yang telah dikutip dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.
sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3701

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penyelidik Gred Q17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM823.40 - P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 - P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 - P3T24 RM2400.97

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya[Gaji permulaan ialah pada Gred Q17 : P1T7 RM1122.86]; atau
  • Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred Q17 : P1T8 RM1172.77]; atau
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu dalam kajian penyelidikan dalam kegiatan dan projek-projek penyelidikan, penyimpan dan mengemaskini inventori berkenaan sebarang projek, membantu dalam proses persampelan di dalam dan luar makmal serta mengawasi disiplin kakitangan bawahan.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3022

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penilaian Gred W17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan
:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;[Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T1]; atau
  • Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9]; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4901

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kastam Diraja Malaysia

Jadual Gaji:

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4611

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penerbitan Gred N17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T6 RM1069.93]; atau
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T9 RM1219.66]; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta penguasaan bahasa yang tinggi dalam bahasa-bahasa lain yang berkenaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu menyediakan kertas-kertas ganjaran / Pencen Ahli MMK / ADUN / Balu ADUN. Membantu tugas-tugas Urus Setia Jawatankuasa di bawah Dewan Undangan Negeri, urusan di bawah Kanun Acara Jenayah, menterjemah surat-menyurat, mengendalikan perpustakaan Dewan Undangan Negeri dan menyediakan Agenda/Minit Mesyuarat MMK.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3368

Kerja-Kerja Seorang Pembantu Penerangan Gred S17 | Deskripsi Tugas

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Penerangan

Jadual Gaji:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.
sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3386

Sunday, June 19, 2011

Semakan Keputusan Temuduga Bagi Jawatan Pembantu Laut Gred A17 (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Semakan Keputusan Temuduga Bagi jawatan Pembantu Laut Gred A17 ( Jabatan Taman Laut Malaysia) tahun 2011 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah mengikuti temuduga Pembantu Laut Gred A17  baru-baru ini boleh membuat semakan keputusannya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan. 

Tahniah diucapkan kepada calon yang telah berjaya dan terpilih dalam temuduga tersebut. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau betul-betul minat dalam bidang nie, cubalah sehingga berjaya. Tahun depan masih ada lagi.:)

Jawatan Kosong Johor Biotechnology (JBSB) - Di Johor

Penyelia: Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong Johor Biotechnology (JBSB)
Johor Biotechnology Environment Sdn Bhd.(JBE) is a subsidiary company wholly owned by Johor Biotechnology Sdn Bhd.(JBSB) which is incorporated under JohorBiotechnology and Biodiversity Corporation (JBBC). It is a company that creates awareness on environmental safety needs by providing not only multipurpose products aimed at protecting nature and its resources but also offering professional consultation to suit the needs of customers. We anticipate in continuous development and improvement to promote, stimulate and facilitate the economic and social development in scope of biotechnology and biodiversity.

1. Penyelia Pengeluaran dan Stor


Closing Date : 15 July 2011

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More