ads

Thursday, May 2, 2013

Borang Permohonan Kemasukan UiTM/UTM/UTC Sesi 2015/2016 Melalui Unifield Technology College

Kolej Teknologi Unifield sejarahnya bermula dengan tertubuhnya sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali oleh Institut Yayasan Alor Gajah. Institusi ini ditubuhkan pada 11 Julai 1997
Seterusnya pada 11 Mei 2002, berdasar kepada pembangunan dan perkembangan positif, institut ini telah menukar nama secara rasminya kepada Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah.
Menerusi perkembangan dunia pendidikan tinggi, Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah ini telah diambilalih pada penghujung tahun 2009 oleh sebuah syarikat yang kukuh namanya di sektor pendidikan tinggi KN Education Sdn. Bhd. Pengambilalihan ini masih mengekalkan nama syarikat pengurus iaitu YAG College Sdn. Bhd.
Pelbagai peningkatan dan pembaharuan telah dicapai dibawah pengurusan baru iaitu termasuk penukaran nama institusi kepada Kolej Teknologi Unifield, yang mana telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 6 Januari 2011. Selain itu, institusi kami mula mengorak langkah dengan menjalankan program sendiri iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perhotelan.
Kini institusi kami pesat berkembang di dalam A.Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka iaitu di dalam sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di Melaka. Pihak kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan A.Famosa Resort bagi menjadi salah satu agensi atau badan yang mempunyai hubungan langsung dengan program Diploma Pengurusan Perhotelan. Selain ituA.Famosa Resort mengukuhkan lagi kerjasama dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar kami.
Demi memenuhi keperluan negara dari segi tenaga kerja dan kemahiran serta kemajuan IT, keutamaan telah diberikan kepada kursus-kursus yang berasaskan Sains dan Teknologi. Kolej ini juga dalam usaha untuk memperlbagaikan bidang kursus dan meningkatkan lagi kemudahan pembelajaran bagi memastikan ianya sejajar dengan kemajuan Sains dan Teknologi terkini.
Selain dari itu, program lain yang dikendalikan adalah usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

PROGRAM YANG DI TAWARKAN DI KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD

PROGRAM UiTM - DIPLOMA IN ACCOUNTANCY

No Kelulusan JPS :KP/(JPS)5195/IPTS/915(7)/ No Ruj MQA : KR10623
PENGENALAN:
Merupakan program usahasama di antara Universiti Teknologi Mara(UiTM). Kursus ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UiTM. Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UiTM dan boleh menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan samada sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Perakaunan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UiTM atau mana/mana IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan, perbankan dan sebagainya.

PROGRAM UiTM - DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES

(BM 111)

No Kelulusan JPS :KP/(JPS)5195/IPTS/915(7)/ No Ruj MQA : KR10622
PENGENALAN:
Merupakan program usahasama di antara Universiti Teknologi Mara(UiTM). Kursus ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UiTM. Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UiTM dan boleh menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN:
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengajian Perniagaan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).
PROSPEK KERJAYA:
Pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UiTM atau mana/mana IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dan sebagainya.
PROGRAM PENGAJIAN UMUM DAN SIJIL

PROGRAM UiTM - PRA PERDAGANGAN

Setelah tamat dan lulus program pra perdagangan pelajar boleh meneruskan pengajian di peringkat diploma di kolej bersekutu seperti berikut:
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Perakaunan
Syarat minimum ke Program Perakaunan
  • Memperoleh PNG 3.50 atau lebih serta
  • Mendapat gred B+ bagi BEL011 dan MAT037

PROGRAM UTM - DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH

(DDF 110)
PENGENALAN:
Merupakan program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM. Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengajian Harta Tanah oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan harta tanah dan sebagainya.

PROGRAM UiTM - DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI

(DDT 110)
PENGENALAN:
Merupakan program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM. Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat  kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Teknologi oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan teknologi dan sebagainya.
PROGRAM UiTM - DIPLOMA SAINS KOMPUTER-MULTIMEDIA
(DDZ 110)
Merupakan program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM. Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Sains Komputer Multimedia oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan sains komputer, multimedia dan sebagainya.
PROGRAM DALAMAN - DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
(DBM 110)
No Rujukan JPS :KP(JPS)5195/IPTS/ 915(7) / No Rujukan MQA : PA00169
PENGENALAN:
Merupakan program yang dibangunkan sendiri oleh Kolej Teknologi Unifield. Dibangunkan bertujuan membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pengurusan dan perniagaan
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Perniagaan oleh Kolej Teknologi Unifield.
PROSPEK KERJAYA :
  • yang tamat pengajian boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, dalam atau luar negara.
  • Graduan diterima bekerja samada dalam sektor awam atau swasta.

PENGURUSAN PERHOTELAN

PROGRAM DALAMAN - DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN
(DHM)
No Rujukan JPS :KP(JPS)5195/IPTS/ 915(7) / No Rujukan MQA : PA0010
PENGENALAN:
Merupakan program yang dibangunkan sendiri oleh Kolej Teknologi Unifield. Tujuan utama ialah membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pengurusan dan perhotelan.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Perhotelan oleh Kolej Teknologi Unifield.


  • Kami ingin membantu pelajar lepasan Spm yang tidak dapat UPU dan ini adalah peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dengan program Diploma, Khusus untuk anak Felda pembiayaan pengajian akan ditaja oleh Felda sendiri, sebarang prtanyaan boleh hubungi saya Cik Niza di talian 0147563994..

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More