ads

masukkan email anda

Tuesday, September 6, 2011

SEMAKAN PENERIMA WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) BAGI PELAJAR SESI SEPTEMBER 2011 (LEPASAN STPM / MATRIKULASI/ DIPLOMA)

SEMAKAN PENERIMA WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) BAGI PELAJAR SESI SEPTEMBER 2011 (LEPASAN STPM / MATRIKULASI/ DIPLOMA)

Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi membantu pelajar-pelajar yang pertama kali ditawarkan ke IPTA dan kurang berkemampuan. Pemberian WPP berjumlah RM1,500.00 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000
  3. Belum pernah menerima WPP atau pembiayaan PTPTN
Bermula kemasukan sesi Julai 2010, pelajar dikehendaki membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) semasa permohonan kemasukan ke IPT melalui UPU online.
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.

Untuk menyemak, anda hanya perlu lawati halaman ptptn di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/semakan/wpp dengan memasukan nombor kad pengenalan anda. Semoga anda berjaya :)

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More