ads

Thursday, January 26, 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 | Tarikh Pengumuman Keputusan

keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM pada tahun ini yang terdiri daripada 3,782 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,462 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM
Mereka yang menduduki STAM 2011 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Semakan Secara SMS

Di samping itu mulai tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Format yang ditetapkan adalah;
  • STAM <angka giliran> dan hantar sms ke 15888
Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS hanya boleh dugunakan mulai pukul 10:00 pagi 26 Januari 2012 sehingga 12 tengahari 1 Februari 2012.

Permohonan Ke IPTA Untuk Lepasan STAM

Selepas menerima keputusan STAM mereka boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA. Maklumat lanjut boleh diperolehi di
  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan peperiksaan STAM ini sila hubungi JPN yang terdekat atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03 8884 3787 atau faks 03 8884 3783.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More