ads

Showing posts with label STAM. Show all posts
Showing posts with label STAM. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Tarikh Rasmi Keputusan STAM 2012 Diumumkan Keluar


Tarikh keputusan STAM 2012 akan diumumkan keluar pada 30 Januari 2013. Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia itu boleh didapatkan di sekolah masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. Kenyataan rasmi ini telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
STAM-Sijil-Tinggi-Agama-Malaysia
Calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama. Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran negeri tempat mereka mendaftar.
Cara Semakan STAM 2012
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM (1/8)angka giliran(3/8) dan hantar ke 15888 mulai 10 pagi, 30 Januari sehingga 11.59 malam, 5 Februari.

Friday, January 18, 2013

Pendaftaran Peperiksaan STAM 2013 Calon Sekolah Dan Persendirian


Pendaftaran peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan persendirian. Borang permohonan boleh didapatkan di Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Bagi calon yang ingin membuat pendaftaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), perlu diingatkan bahawa anda perlu mendaftar mulai 11 februari 2013 ini shingga 31 Mac. Berikut adalah surat siaran rasmi mengenai peperiksaan STAM untuk sesi 2013.
STAM 2013
Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Maklumat terperinci tentang pendaftaran peperiksaan boleh didapatkan dilaman rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/lp/

Thursday, January 26, 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 | Tarikh Pengumuman Keputusan

keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM pada tahun ini yang terdiri daripada 3,782 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,462 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM
Mereka yang menduduki STAM 2011 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Semakan Secara SMS

Di samping itu mulai tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Format yang ditetapkan adalah;
  • STAM <angka giliran> dan hantar sms ke 15888
Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS hanya boleh dugunakan mulai pukul 10:00 pagi 26 Januari 2012 sehingga 12 tengahari 1 Februari 2012.

Permohonan Ke IPTA Untuk Lepasan STAM

Selepas menerima keputusan STAM mereka boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA. Maklumat lanjut boleh diperolehi di
  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan peperiksaan STAM ini sila hubungi JPN yang terdekat atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03 8884 3787 atau faks 03 8884 3783.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More