ads

Showing posts with label matrikulasi. Show all posts
Showing posts with label matrikulasi. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Matrikulasi Gred DG44 KPM



Jawatan : Pensyarah Kolej Matrikulasi Gred DG44 Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Bahagian Matrikulasi mulai 15 Julai sehingga 31 Ogos 2012.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Matrikulasi KPM seperti alamat tertera di bawah. 

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6&7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
62604 Putrajaya
(u.p: En Mustafa Kamil bin Mustafa)
Penolong Pengarah Perjawatan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norazian Mohd Zaffin di talian 03-88844070 

Muat turun : 

Lampiran B : Borang Permohonan Perjawatan 
Lampiran D : LNPT 
Lampiran E : Senarai Semak 
Lampiran F : Panduan Kod

Friday, April 27, 2012

Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2012 Dan Tarikh Kemasukan

Berikut adalah yuran pengajian pendaftaran Matrikulasi 2012. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam kursus pengajian pra universiti Matrikulasi.
Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012
Yuran Pendaftaran
Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains :RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan :RM 480.00
Teknikal :RM 550.00
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada :
28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia
21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan

Penangguhan pengajian
Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Denda Jika Berhenti Matrikulasi:
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.

Selamat mendaftar kepada semua pelajar baru Matrikulasi sesi 2012

Tuesday, April 24, 2012

Semak Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 Melalui SMS & Secara Online

Berikut adalah cara  membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 guna SMS dan Online. Seperti yang anda semua maklum terutamanya pelajar lepasan SPM, keputusan Matrikulasi boleh disemak mulai 25 April 2012 ini. Ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat calon lepasan SPM 2011 yang telah membuat permohonan matrikulasi.
matrikulasi 2012
Cara Semakan Guna Sistem Pesanan Ringkas SMS
Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Cara Semakan Guna Talian Online
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.


Selamat berjaya kepada semua calon.

Friday, April 20, 2012

Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi bagi Sesi 2011/2012 Boleh di Semak mulai 25 April ini

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 oktober tahun lalu boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM http://www.moe.gov.my/


Pendaftaran pelajar untuk program Matrikulasi akan diadakan pada 28 mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).


Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat dilaman web KPM yang sama mulai 25 April ini sehingga 13 mei 2012.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More