ads

Monday, July 25, 2011

UniMAP Teruskan Job Camp Pastikan Graduan Dapat Pekerjaan

SHAH ALAM, 25 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan meneruskan Program Job Camp yang dianjurkan tahun lepas bagi memastikan graduan universiti itu mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata Program Job Camp itu merupakan satu latihan yang ditawarkan kepada graduan UniMAP dalam usaha memberikan peluang kepada mereka mendapat pekerjaan.

"Program ini dibahagikan kepada dua bidang kritikal iaitu sektor elektrik dan elektronik serta automotif di mana graduan yang dipilih menjalani latihan selama empat hingga enam bulan di beberapa syarikat dalam bidang berkaitan," katanya ketika berucap pada Majlis Program Job Camp UniMAP di sini malam tadi.

Beliau berkata seramai 76 graduan UniMAP dipilih menyertai program berkenaan di mana 65 daripadanya berjaya mendapat pekerjaan di syarikat yang menjadi tempat latihan mereka manakala selebihnya memilih untuk bekerja di syarikat lain.

Sementara itu, UniMAP turut menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak industri iaitu Malaysia Automotive Institute (MAI), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Siltera (M) Sdn Bhd.

MoU berkenaan bertujuan menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dalam memberikan latihan dan pendedahan kepada graduan UniMAP selain mempersiapkan mereka (graduan) bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

-- BERNAMA

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More