ads

Friday, February 22, 2013

Berita baik Untuk Kakitangan Awam



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Thursday, February 21, 2013

BN Youth Job Fair 2013



KUALA LUMPUR — Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair di empat lokasi terpilih pada tahun ini berikutan sambutan hangat yang diterima pada setiap penganjuran sebelum ini. 

Pengerusi Sekretariat BN Youth Job Fair, Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata, karnival kerjaya itu akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada 31 Januari hingga 1 Februari ini. 

Lokasi kedua ialah Dewan Millenium di Terengganu Trade Centre pada 22 dan 23 Februari diikuti Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bagi menutup tirai 2013. 

"Para graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan mahupun yang sudah bekerja dijemput ke karnival kerjaya sepanjang tahun ini," katanya. 

Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival itu boleh menghubungi pihak sekretariat dengan melayari laman sesawang www.bnyouthjobfair.my. 

BN Youth Job Fair 2012 yang berlangsung di PWTC November lepas menerima sambutan sangat menggalakkan apabila berjaya menarik 120,000 pengunjung dengan lebih 100,000 resume diterima.— BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2LSiZbMo7 
Hakcipta terpelihara

Job Vacancies At Tenaga Nasional Berhad February 2013


jawatan kosong polis bantuan TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) is the largest electricity utility in Malaysia, listed on the main board of Bursa Malaysia serving a customer base of over 7 millions in Peninsular Malaysia and Sabah. TNB plays an integral role in the economic and social prosperity of the country by providing reliable and efficient services.

TNB invite suitable qualified candidates to fill up the job vacancies in TNB from non-executive to the executive level.

Closing date :28 February 2013

maklumat lanjut dan jawatan sila ke https://emadis.tnb.com.my/eMadis/login.aspx

7,824 siswazah pendidikan ke gred DG41



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. 

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. 

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013. 

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini. 

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan. 

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan. 

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LSHNMvUs 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, February 20, 2013

Jawatan Kosong Terkini Di KTMB Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Mac 2013

Jawatan Kosong Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

1. PEMBANTU TADBIR 

Kelayakan 

Calon luar 
Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 
Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris 
Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi 

Spesifikasi Tugas 

Menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti urusan kakitangan stesen, pejabat, yad dan depot
Membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan menurut prosidur pejabat seperti manaip/memproses data, pengendalian mesin/peralatan pejabat (komputer, mesin photostat, faks dan telefon), pemfailan dokumen dan khidmat pelanggan
Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh pegawai penjaga dari masa ke semasa. 

Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 5 Mac 2013 ke alamat seperti berikut:- 

Pengurus Besar 
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi 
(Unit Perancangan Kakitangan) 
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad 
Jalan Sultan Hishamuddin 
50621 Kuala Lumpur

Sumber :  http://www.ktmb.com.my

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2012 Pada Mac 2013


Tarikh rasmi keputusan SPM 2012 diumumkan pada bulan Mac 2013. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tersebut boleh diambil di sekolah masing-masing mulai 20 Mac 2013. Demi kemudahan pelajar, calon juga boleh membuat semakan menggunakan kaedah pesanan ringkas SMS seperti yang tertera dibawah. Semoga calon dapat keputusan SPM yang cemerlang pada tahun ini.
keputusan-spm-2012
Tarikh Semakan Keputusan SPM 2012
Tarikh Keputusan SPM 2012 : 20 Mac 2013
Masa : Bermula 10 pagi
Semakan Keputusan SPM 2012 Secara SMS
Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.
Contohnya :
SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888.

Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2013


Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia (TM) 2013. Tawaran ini hanya terbuka kepada semua pelajar cemerlang tingkatan satu dan empat sahaja yang menyertai sesi persekolahan pada tahun ini. Banyak faedah jika pelajat dapat tawaran biasiswa kecil TM ni.
biasiswa TM
Syarat dan kelayakan
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
  • Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR 2012.
  • Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
Pakej Biasiswa
  • Elaun saku RM1,000 setahun (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).
  • Elaun saku RM1,500 setahun (bagi petajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman web Yayasan TM.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup pada 28 Februari 2013.

Skim Latihan Siswazah KWSP Mac 2013


Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Siswazah seperti berikut: 

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.

ELAUN & KEMUDAHAN

- Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan. 

- Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan. 

SYARAT KELAYAKAN

- Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.

 - Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.

SKOP LATIHAN

Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :

skimlatihansiswazah@gmail.com

Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my

Job Vacancies At Multimedia Universiti February 2013


Job Vacancies At Multimedia Universiti (MMU) February 2013




sumber : http://www.mmu.edu.my/index.php?req=d68&id=200

Jawatan Kosong Kerajaan Di Yayasan Terengganu 2013


Mereka yang berkelayakan dipelawa untuk mngisi jawatan kosong di Yayasan Terenganu seperti berikut

jawatan :-

1. Pemandu Kenderaan Gred R3 - ( 3 kekosongan)

Tarikh tutup 24 februari 2013

Permohonan jawatan hanya diterima melalui ‘online’ sahaja. Sebarang surat-menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.

untuk memohon sila ke http://isis.my/ytrg/sps/ecareer/workreg.php

maklumat lanjut sila ke http://www.ytrg.terengganu.gov.my

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More