ads

Monday, July 18, 2011

Calon Simpanan SPA

Ini merupakan topik antara yang paling popular yang sering ditanya oleh rakan – rakan kita.
Antara soalan – soalannya:

1. Apakah maksud calon simpanan tu?
2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?


Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan.
Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.

Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang.

Terima Kasih atas sokongan anda semua

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More