ads

Wednesday, February 20, 2013

Skim Latihan Siswazah KWSP Mac 2013


Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Siswazah seperti berikut: 

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.

ELAUN & KEMUDAHAN

- Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan. 

- Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan. 

SYARAT KELAYAKAN

- Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.

 - Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.

SKOP LATIHAN

Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :

skimlatihansiswazah@gmail.com

Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More